Update Terbaru BLUE.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.

PENGASAS produk D'Herbs, siapa lagi kalau bukan Datuk Aliff Syukri khabarnya sedang dalam usaha memohon untuk memiliki senjata api sendiri. Biar betul Datuk? 

Perkara itu dikongsi sendiri jutawan kosmetik tersebut di laman Instagram menerusi sekeping foto yang dimuatnaik pada petang Isnin di mana beliau membimbit sebuah beg menuju ke Ibu Pejabat Polis Daerah Sungai Buloh, Selangor.

Menerusi keterangan ringkas pada gambar berkenaan, Aliff, memohon orang ramai mendoakan agar permohonannya untuk memiliki senjata api diluluskan.

"Demi keselamatan, doakan permohonan pistol saya diluluskan supaya saya lebih selamat.

"No more bodyguards I'm stronger," tulisnya.


Netizen kurang bersetuju sikap keterbukaan Aliff Syukri berkongsi perkara tersebut secara terbuka kerana bimbang akan membahayakan dirinya.

Perkongsian tersebut jelasnya mendapat perhatian netizen untuk berkongsi pandangan mengenai perkara itu.

Seperti biasa, ada yang menyokong dan ada yang kurang bersetuju dengan tindakan penaja bersama program AF Megastar ini berkongsi hal tersebut secara terbuka.

Seorang netizen iaitu @imfarahmasdi berkata, dia faham niat Aliff memohon pistol bagi tujuan keselamatan, namun caranya mendedahkan secara terbuka bimbang membawa mudarat pada diri.

Manakala @juad_orton pula berkata, "benda ni semua ada SOP dia, bukan semua perkara boleh kita kongsi kepada umum Datuk," tulisnya.

Bagaimanapun Aliff dalam satu balasan komen kepada netizen berkata, dia berbuat begitu sekadar untuk berkongsi dengan semua pengikutnya tentang aktiviti yang dilakukan serta berharap orang ramai tidak terus berfikir negatif.

Hmm... kalau diberi peluang bersuara, apa pula pendapat anda mengenai perkara ini?

Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . BLUE.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

Posting Komentar

 
Top