KUCHING, 14 Sept ― Mahkamah Sesyen di sini hari ini mendapati dua anggota parlimen DAP Chong Chieng Jen (Bandar Kuching) dan Julian Tan (Stampin) tidak bersalah terhadap tuduhan terlibat dalam demonstrasi jalanan Bersih 4.0 dua tahun lalu.
Hakim Steve Ritikos dalam penghakimannya berkata pihak pendakwaan gagal membuktikan bahawa kedua-dua tertuduh bersalah terlibat dalam demonstrasi jalan.
Katanya berdasarkan keterangan-keterangan yang dikemukakan mahkamah, mendapati kedua-dua tertuduh hanya berkumpul di hadapan Kuching Hilton, di mana mereka memakirkan kenderaan masing-masing dan kemudian berjalan ke Padang Song Kheng Hai (venue yang diluluskan) untuk menyertai perhimpunan Bersih 4.0.
Oleh sebab itu, beliau berkata kedua-dua tertuduh tidak boleh disabit dengan kesalahan terbabit dalam demonsatrasi jalanan secara haram.
Chong yang juga pengerusi DAP Sarawak dan Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Padungan dan Tan didakwa di bawah Akta Perhimpunan Aman (PAA) 2012) kerana menyertai perhimpunan Bersih 4.0 pada 29 Ogos 2015.
Jika disabit kesalahan, tertuduh boleh didenda sehingga RM10,000 dan diharamkan daripada bertanding dalam pilihan raya untuk tempoh lima tahun sekiranya mereka didenda melebihi RM2,000.
Mahkamah membuat keputusannya hari ini setelah pihak pendakwaan selesai memanggil kesemua tujuh saksinya untuk memberi keterangan kepada mahkamah.
Pihak pendakwaan bagaimanapun diberi tempoh 14 hari untuk mengemukakan rayuan. ― Bernama
Sumber Demo jalanan, dua ahli parlimen DAP tidak bersalah Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . BLUE.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/
Posting Komentar