Update Terbaru BLUE.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.

CHANGLUN: Seorang pemandu wanita berdepan detik cemas apabila cermin belakang kereta yang digunakannya untuk GrabCar dipecahkan oleh dua lelaki di sini, tengah hari tadi.

 

 

Cermin Grabcar pemandu wanita dipecahkan dua lelaki naik motosikal

Cermin Grabcar pemandu wanita dipecahkan dua lelaki naik motosikal

 

Dalam kejadian kira-kira jam 12.45 tengah hari itu, mangsa menurunkan tiga pelajar Kolej Matrikulasi Kedah (KMK) di sini, sebelum dihampiri dua lelaki dan memecahkan cermin belakang kereta miliknya menggunakan batang besi.

Mangsa yang hanya ingin dikenali sebagai Shima, 40-an, ketika ditemui mendakwa bingung dengan kejadian itu dan tidak mengetahui puncanya.

Bagaimanapun, beliau tidak menolak kemungkinan ia ada kaitan dengan operasi GrabCar di kawasan itu yang tidak disenangi kumpulan pemandu teksi.

“Saya tak mahu menuduh sesiapa, namun kira-kira jam 11 pagi tadi, kereta saya dikepung empat teksi yang berang kerana saya mengambil penumpang dalam kalangan pelajar KMK.

“Ketika kejadian, saya mengambil pelajar KMK di sebuah pasar raya di Changlun yang ingin pulang ke kolej sebelum diserang sedangkan saya menurunkan mereka 500 meter dari kolej seperti diminta pemandu teksi,” katanya selepas membuat laporan di Balai Polis Jitra, di sini.

Shima mula mengambil pelajar di KMK melalui perkhidmatan GrabCar sejak kira-kira tiga minggu lalu dan mendakwa kerap diganggu pemandu teksi, termasuk diberi amaran tidak menghampiri kolej itu untuk mengambil penumpang kecuali di luar lingkungan 500 meter dari premis.

“Rakan lain yang menyediakan perkhidmatan GrabCar turut mengadu mengalami nasib sama,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Mohd Ismail Ibrahim, mengesahkan menerima dua laporan polis hari ini membabitkan pemandu GrabCar iaitu cermin kereta dipecahkan dan kereta diketuk.

“Dalam kes pecah cermin kereta kita buka kertas siasatan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana khianat, namun siasatan lebih terarah kepada dua individu menaiki motosikal itu.

“Ketika kejadian motosikal itu tidak mempunyai nombor pendaftaran dan setakat ini tiada bukti ia berkaitan dengan perbuatan pemandu teksi,” katanya.

Bagi satu lagi kes, beliau mengesahkan ia dilakukan pemandu teksi dan individu terbabit sudah dipanggil ke balai polis untuk diambil keterangan, namun kes dirujuk ke mahkamah untuk tindakan sivil dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).

Sumber: Bharian



Sumber Cermin Grabcar pemandu wanita dipecahkan dua lelaki naik motosikal Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . BLUE.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

Posting Komentar

 
Top