Update Terbaru BLUE.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.

SEORANG lelaki pesakit mental berusia 29 tahun ditahan sejam selepas membakar pintu sebuah bank di Jalan Kundang, Bukit Pasir, Batu Pahat, 8.45 malam tadi.

 

Bengang tak dapat beli insurans RM100 juta, lelaki bakar pintu bank di Jalan Kundang

Bengang tak dapat beli insurans RM100 juta, lelaki bakar pintu bank di Jalan Kundang

 

Ketua Polis Daerah Batu Pahat Asisten Komisioner Abdul Wahib Musa berkata, kejadian dilihat orang ramai yang mendakwa suspek menuang cecair di pintu bank berkenaan, sebelum membakar kertas.

“Api marak serta merta sebelum orang ramai menghubungi Balai Bomba Penggaram untuk memadamkan api.

“Suspek yang terkejut kelakuannya dilihat orang ramai terus melarikan diri dan pulang ke rumahnya di Taman Setia Jaya, Batu Pahat dengan menunggang motosikal.

 

“Polis yang tiba melakukan siasatan berjaya mengenal pasti suspek dan menahan di rumahnya dalam tempoh kurang sejam kemudian,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, siasatan mendapati suspek berang niatnya untuk membeli insurans sebanyak ‘RM100 juta’ ditolak bank berkenaan.

Katanya, selain itu, suspek pernah mendapatkan rawatan pesakit mental di Hospital Sultanah Nora Ismail, Batu Pahat.

“Suspek ditahan tujuh hari sehingga 27 Julai ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 436 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat menggunakan api.

“Orang ramai yang melihat kejadian itu diminta tampil bagi membantu siasatan,” katanya.

Sumber: Metro



Sumber Bengang tak dapat beli insurans RM100 juta, lelaki bakar pintu bank di Jalan Kundang Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . BLUE.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

Posting Komentar

 
Top