Update Terbaru BLUE.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.

Seorang remaja ditahan kerana disyaki melakukan sumbang mahram dengan tiga adiknya di Sungai Layar, Sungai Petani.

 

"Mangsa berusia 8 tahun mengadu kepada ibu" - Abang ditahan kerana merogol tiga adik

“Mangsa berusia 8 tahun mengadu kepada ibu” – Abang ditahan kerana merogol tiga adik

 

 

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Superitenden Saifi Abdul Hamid berkata, suspek yang berusia 18 tajun itu ditahan selepas seorang mangsa yang berusia lapan tahun memaklumkan kejadian itu kepada ibu mereka.

“Pada pukul 9 pagi semalam, mangsa telah memaklumkan kepada ibunya yang berumur 39 tahun bahawa pada 19 Julai lalu abangnya telah menariknya masuk ke dalam tandas di sebuah rumah kosong berdekatan rumah mereka sebelum memaksanya melakukan hubungan seks.

“Suspek dikatakan turut mengugut untuk memukul adiknya sekiranya dia memberitahu perkara tersebut kepada orang lain,” katanya dalam satu kenyatan pada Jumaat.

 

Saifi berkata sebelum ini dua lagi mangsa yang berusia sembilan dan 14 tahun pernah memberitahu ibu mereka bahawa suspek telah melakukan perkara yang sama terhadap mereka, namun ibu mangsa tidak membuat laporan polis.

“Ketiga-tiga mangsa telah dihantar ke hospital untuk menjalani pemeriksaan lanjut,” katanya. – Bernama

Sumber: Mstar



Sumber “Mangsa berusia 8 tahun mengadu kepada ibu” – Abang ditahan kerana merogol tiga adik Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . BLUE.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

Posting Komentar

 
Top