Update Terbaru BLUE.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.

DATUK kepada pelajar lelaki berusia 13 tahun dari sekolah menengah di Sri Aman yang meletakkan racun lipas dalam mi goreng dan dimakan pelajar lain membuat laporan polis petang ini kerana mendakwa cucunya dibuli mangsa.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak Datuk Dev Kumar berkata, lelaki berusia 65 tahun itu membuat laporan polis di Balai Polis Sri Aman pada 5 petang hari ini.

Baca artikel sebelum: Budak tingkatan 1 racun rakan sekelas, masukkan racun lipan dalam makanan

Menurutnya, berdasarkan laporan yang dibuat lelaki itu mendakwa cucunya sering dibuli mangsa yang juga berusia 13 tahun di sekolah.

“Suspek juga mendakwa mangsa sering meminta wang dan makanan daripadanya sebelum ini.

“Polis akan menjalankan siasatan berhubung laporan itu sama ada ia mempunyai kaitan dengan kejadian meletakkan racun dalam makanan yang dilakukan suspek,” katanya.

Portal berita Harian Metro hari ini melaporkan seorang pelajar sekolah menengah di Sri Aman dikejarkan ke hospital kerana muntah selepas makan mi yang mengandungi racun lipas, pagi semalam.

Kejadian kira-kira 9.30 pagi itu menyebabkan mangsa terpaksa menerima rawatan di Hospital Sri Aman sehingga kini.

Suspek yang juga rakan sekelasnya ditahan polis petang semalam susulan laporan polis yang diterima daripada bapa mangsa pada hari yang sama.

Kes disiasat mengikut Seksyen 328 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan menggunakan racun dan suspek dibebaskan dengan jaminan polis.

 

Sumber: Harian Metro



Sumber Punca budak 13 tahun racun kawan sekelas didedah datuk, rupanya selalu dibuli Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . BLUE.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

Posting Komentar

 
Top