Update Terbaru BLUE.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.

ALOR SETAR: Insiden kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Kampung Datuk Keramat kelmarin, seolah-olah mengimbau kembali tragedi kebakaran di Sekolah Menengah Agama (SMA) Taufikiah Khairiah Al Halimiah atau Pondok Pak Ya, Batu 16, Padang Lumat, di sini, 28 tahun lalu.

Perkara itu diakui oleh Pengetua Pondok Pak Ya, Azizah Yahya, yang mengakui institusi itu menitikberatkan pelbagai aspek keselamatan termasuk pembinaan bangunan baharu dari binaan konkrit dan lengkap dengan pendawaian yang diselenggara secara berkala selepas tragedi terbabit.

Malah tinjauan BH di Pondok Pak Ya sememangnya mendapati banyak struktur dibina baharu berbanding bangunan asal 28 tahun lalu.

Azizah yang juga anak kepada pengasas Pondok Pak Ya, Yahya Junid, berkata asrama pelajar perempuan yang musnah dalam kebakaran 28 tahun lalu kini sudah dibina semula di tapak baru hasil bantuan pelbagai pihak, manakala tapak asal diganti dengan dewan utama sekolah.

Katanya, semua bangunan kayu sekolah ini termasuk asrama, kelas, pejabat dan kantin diganti hasil bantuan kerajaan Persekutuan, negeri dan orang ramai.

"Tiada asrama atau kelas yang diperbuat dari papan dan kayu di sekolah ini kerana semua bangunan lama membabitkan asrama, kelas, pejabat dan juga kantin di sekolah ini sudah diganti dengan bangunan baru hasil bantuan daripada kerajaan dan juga sumbangan orang ramai ketika itu.

"Selepas kejadian itu, pengurusan sekolah sentiasa mengambil langkah keselamatan bagi mengelak tragedi lalu daripada berulang malah pihak sekolah juga sering berhubung dengan bomba serta mewujudkan skuad bomba sekolah pondok dalam usaha menjaga keselamatan asrama pelajar di sini.

"Keadaan asrama pelajar juga perlu selalu dipantau termasuk melihat suis yang perlu dijaga supaya tidak berlaku lintar pintas sehingga menyebabkan kebakaran," katanya kepada BH.

Pada masa sama, Azizah berkata, selain membina asrama yang lebih baik untuk pelajar, pihaknya juga mengajar mereka langkah keselamatan yang perlu diikuti jika berlaku kebakaran.

Dalam kejadian 22 September 1989 itu, 27 pelajar maut selepas lapan blok asrama yang dibina daripada papan dan menempatkan 600 pelajar ketika itu musnah dalam kebakaran.

INFO

Pondok Pak Ya mempunyai 573 pelajar iaitu 291 perempuan dan 282 lelaki membabitkan pelajar tingkatan satu hingga enam.



Sumber Pondok Pak Ya tingkat aspek keselamatan Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . BLUE.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

Posting Komentar

 
Top