KUALA LUMPUR: "Dah nampak sayu sangat wajah tiga beradik itu sewaktu saya menghantar mereka pulang ke Pusat Tahfiz".
Demikian kata ibu kepada tiga pelajar Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Mashawani Mohamed Shahid, 37, yang maut dalam kebakaran awal pagi, semalam.
Ibu kepada enam orang anak itu, berkata kali terakhir beliau menatap wajah ketiga-tiga anaknya itu adalah ketika Hari Raya Aidiladha yang lalu.
"Bagaimanapun, pada Isnin itu, saya terpaksa menghantar mereka pulang awal ke pusat tahfiz.
"Waktu saya memang nampak pandangan anak-anak sudah lain. Mereka bertiga kelihatan tenang dan tersusun," katanya dengan nada sebak.
Tiga beradik iaitu Muhd Syafiq Haikal Mohd Sulaiman, 13; Muhd Hafiz Iskandar, 11, dan Muhd Harris Ikhwan, 10; adalah antara 21 pelajar yang meninggal dunia dalam tragedi berkenaan, selain dua warden asrama.
Sementara itu, ibu kepada seorang lagi mangsa, Muhammad Zattulah Roslan, 11, berkata rutin keluarga itu bersarapan bersama pada hujung minggu kini hanya tinggal kenangan selepas kehilangan anak bongsunya dalam tragedi berkenaan.
Kamizan Yusuf, 48, berkata sebelum ini, dia akan ke pusat tahfiz itu pada setiap hari Ahad untuk mengambil Muhammad Zattulah dan meluangkan masa beberapa jam untuk bersarapan bersama.
"Selepas ini, tiada lagi rutin berkenaan dan saya pasti sedih setiap kali tibanya hari Ahad," katanya yang menyifatkan anaknya seorang yang tegas namun menghormati orang tua.
Kamizan berkata, dia dan keluarganya redha dengan pemergian Muhammad Zarullah itu dan kini semakin tenang selepas proses pengebumian anaknya selesai.
Sumber 2 ibu redha dengan kehilangan Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . BLUE.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/
Posting Komentar