Update Terbaru BLUE.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.

KUALA LUMPUR: Awan mendung seakan mengerti kemuraman suasana pilu, yang menyelubungi Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah, Taman Selasih, Batu Caves, ketika menunggu jenazah 11 pelajar Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, petang tadi.

Lebih memilukan orang ramai turut mengalirkan air mata melihat sebaik saja talkin dibacakan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri.  

Selain ahli keluarga terdekat, sanak saudara dan sahabat handai, ratusan orang ramai turut mengiringi jenazah mangsa ke tanah perkuburan seawal jam 2 petang.

Van pertama membawa jenazah Muhammad Aidil Aqmal Mohd Zamzuri, 10, tiba di perkarangan tanah perkuburan jam 6.30 petang, diiringi anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Saat laungan azan Maghrib berkumandang, kira-kira jam 7.15 malam, enam lagi jenazah pelajar tahfiz dibawa memasuki perkarangan kubur.

ORANG ramai mengusung jenazah mangsa di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah, Taman Selasih, Batu Caves. - Foto Mohamad Shahril Badri Saali

Jenazah pelajar yang tiba adalah Ahmad Harith Adam Mohd Nor Hadi, 12; Muhammad Nizammudin Nasrun, 13; Muhammad Taufik Hidayat Norazizan, 16; Amiel Asyraaf Abd Rasid, 11; Muhammad Zattulah Roslan, 11 dan Muhammad Syafik Haikal Mohd Sulaiman, 13.

Kesemua mereka dikebumikan secara serentak tepat jam 7.30 malam.

Bagaimanapun, keadaan gelap di sekitar tanah perkuburan menyebabkan pihak pengurusan terpaksa menggunakan lampu bagi membolehkan proses pengebumian dijalankan dengan lancar.

Tepat jam 7.40 malam, empat lagi jenazah pelajar tahfiz tiba iaitu Muhammad Danieal Md Amin, 14, Muhd Haris Ikhwan Mohd Sulaiman, 10 dan abangnya Muhammad Hafiz Iskandar, 11.

ORANG ramai menguruskan pengebumian jenazah mangsa di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah, Taman Selasih, Batu Caves. - Foto Mohamad Shahril Badri Saali

Jenazah terakhir yang dibawa keluar adalah Muhammad Hazim Ahmad Nor, 13 dan selamat dikebumikan pada jam 8.15 malam.  

Senarai jenazah pelajar yang dikebumikan:

1. Muhammad Aidil Aqmal Mohd Zamzuri, 10 tahun

2. Ahmad Harith Adam Mohd Nor Hadi, 12 tahun

3. Muhammad Nizammudin Nasrun, 13 tahun

4. Muhammad Taufik Hidayat Norazizan, 16 tahun

5. miel Asyraaf Abd Rasid, 11 tahun

6. Muhammad Zattulah Roslan, 11 tahun

7. Muhammad Syafik Haikal Mohd Sulaiman, 13 tahun

8. Muhammad Harris Ikhwan Mohd Sulaiman,10 tahun

9. Muhammad Danieal Md Amin, 14 tahun

10. Muhammad Hafiz Iskandar Mohd Sulaiman, 11 tahun

11. Muhammad Hazim Ahmad Nor, 13 tahun

ORANG ramai menguruskan pengebumian jenazah mangsa di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah, Taman Selasih, Batu Caves. - Foto Mohamad Shahril Badri Saali

KRONOLOGI

2 petang: Ahli keluarga dan waris mula berkumpul di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah, Taman Selasih, Batu Caves.

4 petang: Kawasan perkuburan mula dipenuhi keluarga dan waris. Cuaca mendung mengundang suasana pilu di kalangan ahli keluarga.

5.20 petang: Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri, menyampaikan tazkirah sementara waris dan ahli keluarga menunggu ketibaan jenazah.

6.30 petang: Van jenazah membawa mangsa pertama, Muhammad Aidil Aqmal Mohd Zamzuri, 10, tiba di perkarangan tanah perkuburan.

7.20 malam: Enam van tiba membawa jenazah dengan diiringi laungan azan Maghrib.

7.40 petang: Empat van membawa jenazah Muhammad Hazim Ahmad Nor, 13, Muhammad Danieal Md Amin, 14, Muhd Haris Ikhwan Mohd Sulaiman, 10 dan abangnya Muhammad Hafiz Iskandar, 11, tiba diiringi anggota polis.

8.15: Bacaan talkin disempurnakan Ustaz Mohamad Shukeri Yaaccob dan dibantu Ustaz Al-hafiz Ramli.

8.40 malam: Hujan lebat turun saat talkin dibacakan. Bagaimanapun, orang ramai tidak berganjak dan masih menunggu di tanah perkuburan.

9 malam: Pengebumian selesai sepenuhnya. Keluarga dan sanak saudara dilihat mula meninggalkan perkarangan tanah perkuburan.



Sumber Jenazah 11 pelajar tahfiz selamat dikebumikan Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . BLUE.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

Posting Komentar

 
Top