Update Terbaru BLUE.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.

Seramai 23 pelajar dan warden Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah rentung dalam kebakaran awal pagi Khamis. ― Foto oleh Choo Choy MaySeramai 23 pelajar dan warden Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah rentung dalam kebakaran awal pagi Khamis. ― Foto oleh Choo Choy MayKUALA LUMPUR, 15 Sept — Keengganan menanggung kos tambahan untuk tingkatkan aspek keselamatan antara faktor banyak pemilik premis gagal mendapat sijil perakuan dikeluarkan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), kata Ketua Pengarahnya Datuk Wan Mohd Nor Ibrahim.

Beliau berkata sikap kedekut dan terlalu berkira pemilik premis ada kalanya berakhir dengan kesedihan apabila ada nyawa terkorban hanya kerana pemilik mengabaikan tanggungjawab memastikan keselamatan terjamin.

“Banyak kes pemilik premis gagal untuk mendapat sijil perakuan bomba atas alasan faktor kos, kononnya mereka tidak mampu untuk memenuhi ketetapan reka bentuk dan keperluan keselamatan mencegah kebakaran yang dicadangkan oleh pihak JBPM.

“Kerana tidak mahu rugi sedikit, pemilik premis tidak sedar perbuatan mereka itu boleh membahayakan nyawa iaitu satu kerugian yang lebih besar dan tidak boleh diganti dengan wang ringgit,” katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurutnya sebelum sesebuah premis dibina dan boleh diduduki ia perlu melalui beberapa proses kelulusan dan ini sememangnya diketahui oleh setiap arkitek yang mereka bentuk bangunan dan premis terbabit dan perlu dimaklumkan kepada pemilik premis.

“Pihak arkitek perlu menyerahkan reka bentuk dan pelan bangunan kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di pusat sehenti untuk mendapat kelulusan projek seperti melibatkan sistem pembetungan, perparitan selain beberapa agensi yang melibatkan pemasangan wayar elektrik dan paip air.

“Pihak JBPM pula akan melihat dari aspek keselamatan sama ada dari segi reka bentuk dan aspek-aspek keselamatan termasuk peralatan mencegah kebakaran dan turut memberikan beberapa cadangan terhadap reke bentuk bangunan jika ada keperluan,” katanya.

Wan Mohd Nor berkata proses tersebut hanya mengambil masa 37 hari dan selepas kelulusan pihak kontraktor boleh meneruskan pembinaan bangunan dan premis mengikut reka bentuk yang telah diluluskan oleh pihak PBT.

Menurutnya setelah bangunan tersebut siap sepenuhnya dan memperolehi Sijil Kelayakan Menduduki Bangunan (CF) atau Sijil Kelayakan Menduduki Sementara (TCF) atau Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC), pihak JBPM akan membuat pemeriksaan akhir.

Sekiranya semua sistem Pepasangan Keselamatan Kebakaran berada di dalam keadaan yang baik, dan memuaskan, sijil perakuan bomba akan dikeluarkan dalam tempoh lima hari dari tarikh pembayaran fi dibuat.

Tempoh berkuat kuasa suatu perakuan bomba ke atas sesuatu premis ditetapkan adalah selama 12 bulan.

Semalam Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Tan Sri Noh Omar berkata pusat tahfiz yang terbakar di Keramat di sinidilaporkan tidak memiliki sijil kelayakan menduduki bangunan selain telah diubah suai daripada struktur asal.

Dalam kebakaran pada 5.15 pagi semalam itu, 21 pelajar dan dua guru yang juga warden pusat tahfiz itu maut. — Bernama



Sumber Bomba: Kedekut, berkira sangat punca premis tidak selamat Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . BLUE.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

Posting Komentar

 
Top