KUALA LUMPUR, 15 Sept — Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) menggesa pihak imigresen menyekat kemasukan artis luar yang bermasalah.
Presidennya berkata masalah yang ditimbulkan artis luar bukan isu baharu tetapi ia secara tidak langsung mencemarkan nama baik Malaysia.
“Pihak imigresen jangan berdiam diri. Orang begini tidak boleh berada di Malaysia kerana mencemarkan bukan saja artis tetapi imej Malaysia.
“Kita bukan kira sesama bangsa tetapi kamu ada MyKad atau tidak? Kalau kamu tiada MyKad tetap orang luar walaupun sudah berkahwin dengan orang Malaysia.
“Kita mahu ingatkan jangan cuba cemarkan nama baik artis di Malaysia hanya kerana mereka berada di negara ini,” kata Zed Zaidi kepada ProjekMMO.
Zed juga berkata artis luar tidak harus berkecil hati dengan tindakan drastik diambil Seniman demi menjaga periuk nasi artis tempatan.
“Ini perjuangan [kami]. Terpulang pada mereka mahu main sentimen negara sebab kebanyakan kontroversi datang daripada artis negara mereka.
“Bila artis itu datang banyak buat kontroversi di Malaysia, saya terpaksa suarakan. Kalau nak terasa, tanya balik, pasal apa mereka bermasalah?
“Kenapa di Malaysia melakukan kontroversi yang melanggar undang-undang dan garis panduan di sini?
“Orang luar ikut dasar di sini. Kalau tak boleh terima, jangan kerja di sini. Kalau tak boleh ikut undang-undang negara kita, pergi balik negara kamu, katanya.
Sumber Sekat artis bermasalah masuk Malaysia, desak Seniman Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . BLUE.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/
Posting Komentar