Update Terbaru BLUE.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.

Pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Kuala Lumpur yang terbakar pagi semalam mengorbankan 23 pelajar dan warden. ― Foto oleh Choo Choy MayPusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Kuala Lumpur yang terbakar pagi semalam mengorbankan 23 pelajar dan warden. ― Foto oleh Choo Choy MayKUALA LUMPUR, 15 Sept — Proses pengecaman mayat mangsa insiden kebakaran Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat Ujung awal pagi semalam sukar dilakukan kerana kesan kebakaran yang teruk.

Noor Aini Kamarudeen, 31, Cheras, kakak ipar kepada seorang mangsa, Muhammad Haikal Abdullah, 12, berkata pengecaman kali kedua semalam tidak dapat disahkan waris iaitu ibu serta adik-beradik arwah dan terpaksa menunggu hingga hari ini untuk keputusan ujian DNA.

"Berdasar gambar yang kami lihat, mayat yang sudah rentung itu ada memakai 'sweater', cincin dan jam tangan. Kami tidak dapat kenal pasti sebab mayat terbakar seluruh badan.

"Apapun keputusan ujian DNA esok [Jumaat], kami sekeluarga redha," katanya kepada Bernama ketika ditemui di Institut Perubatan Forensik Negara (IPFN), Hospital Kuala Lumpur, di sini semalam.

Beliau berkata arwah yang merupakan anak bongsu dari tujuh beradik itu baharu menyambut hari kelahirannya pada 6 Sept lalu.

Noor Aini menyifatkan arwah adik iparnya itu seorang yang periang dan manja.

"Dia sangat manja, suka senyum dan ceria. Ibu mertua saya baru melawat arwah di tahfiz semalam. Minggu lalu kami sekeluarga bawa dia bersiar-siar di Taman Tasik Titiwangsa, tidak sangka itu kesempatan terakhir kami bersama," katanya dengan linangan airmata.

Seramai 21 pelajar dan dua guru yang merupakan warden terkorban dalam kebakaran di pusat tahfiz itu pada 5.15 pagi tadi. — Bernama



Sumber Mayat rentung teruk, keluarga sukar cam jenazah pelajar Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . BLUE.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

Posting Komentar

 
Top