Update Terbaru BLUE.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.

SEREMBAN: Tiada kunci pintu kecemasan dan asrama terlalu sempit antara penemuan Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sembilan pada pemeriksaan mengejut di pusat tahfiz di sini, hari ini.

 

 

 Tiada kunci pintu kecemasan dan asrama terlalu sempit, pusat tahfiz di Seremban diarah tutup

Tiada kunci pintu kecemasan dan asrama terlalu sempit, pusat tahfiz di Seremban diarah tutup

 

 

Pengarahnya, Norazam Khamis, berkata pada pemeriksaan bermula jam 3 petang itu, pihaknya mendapati murid dan warden sendiri, tidak mengetahui tempat simpanan kunci pintu menghubungkan bilik asrama dengan tangga kecemasan.

Katanya, selain itu, banyak lampu kecemasan yang menjadi panduan laluan keluar di premis itu tidak berfungsi, malah ada kawasan tangga tidak dilengkapi lampu berkenaan.

Selain itu, Norazam berkata, pihaknya turut menemui seterika dan ubat nyamuk jenis lingkaran diletakkan berhampiran katil murid yang boleh menjadi penyebab kebakaran.

Secara keseluruhan, beliau berkata, mereka mendapati rumah kedai itu tidak sesuai dijadikan asrama kerana pemeriksaan turut mendapati setiap bilik menempatkan sehingga 20 pelajar berusia antara tujuh hingga 17 tahun, sekaligus menjadikan kawasan itu sempit dan kurang selesa.

“Kita akan mengeluarkan notis mengikut Seksyen 10 Akta Perkhidmatan Bomba 1988 kerana kesalahan tidak mematuhi notis menghapuskan bahaya kebakaran kepada pengurusan pusat tahfiz itu, Isnin ini.

“Kita berharap mereka dapat mematuhi garis panduan ditetapkan termasuk mengemuka pelan keselamatan kebakaran yang belum diserahkan sehingga kini,” katanya ketika mengetuai pemeriksaan itu di sini, hari ini.

Beliau berkata, pihak pengurusan juga diarahkan menutup asrama itu sehingga mereka dapat memastikan segala garis panduan keselamatan kebakaran dipatuhi.

Sementara itu, Norazam berkata, pihaknya akan memanggil semua pihak pengurusan sekolah agama dan pusat tahfiz yang berdaftar di negeri ini untuk sekali lagi diberi taklimat mengenai pelan keselamatan kebakaran, dalam masa terdekat.

Beliau berkata, pada 2015 dua pusat tahfiz masing-masing di Rembau dan Tampin dikenakan denda oleh mahkamah kerana dikesan gagal mematuhi arahan keselamatan ditetapkan.

Sumber: Bharian



Sumber Tiada kunci pintu kecemasan dan asrama terlalu sempit, pusat tahfiz di Seremban diarah tutup Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . BLUE.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

Posting Komentar

 
Top