Update Terbaru BLUE.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.

Kipas di siling sebuah kelas di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) St Michael di sini, jatuh mengakibatkan seorang pelajar cedera.

Kipas siling jatuh dalam kelas, wajah pelajar sekolah menangah berdarah

Kipas siling jatuh dalam kelas, wajah pelajar sekolah menangah berdarah

Sam Ming Hui, 18, berada di tempat duduk ketika kipas jatuh di sisi dan mengenai mukanya sehingga berdarah, lapor Berita Harian.

“Ketika itu, saya guru sedang mengajar subjek Pengajian Am dan tiba-tiba kipas terjatuh di sebelah meja. Ia berlaku dengan pantas, saya terkejut dan tergamam, saya berasa sakit dan meletakkan tisu pada muka bagi menahan darah yang keluar,” katanya.

Gurunya kemudian membawanya ke bilik pengetua sebelum menghubungi keluarga dan dibawa ke hospital.

Bapa mangsa, Sam Yau Seng, 45, berkata luka di pipi anaknya kira-kira lima sentimeter panjang.

“Sukar untuk membayangkan jika kipas itu terkena pada anggota badan lain, mungkin boleh menyebabkan kecederaan yang lebih serius,” katanya dipetik Utusan Online.

Pengetua T Gunalan berkata juruteknik memaklumkan kipas yang terjatuh kira-kira jam 9 pagi tadi akibat pengikat skrunya patah, bukannya kerana siling pecah.

Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Joseph Micheal Lee berkata semua kipas siling akan diperiksa.

Sumber: Malay Mail



Sumber Kipas siling jatuh dalam kelas, wajah pelajar sekolah menangah berdarah Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . BLUE.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

Posting Komentar

 
Top