Apabila Umno Teluk Kemang hanya mencalonkan satu nama sahaja untuk calon PRK Dun Bagan Pinang, iaitu ketua Bahagiannya sendiri Tan Sri Isa. Mulalah keluar kenyataan-kenyataan daripada pucuk pimpinan Umno, baik daripada Negeri hinggalah kepada Pusat.
Walau pun kenyataan tersebut diluahkan secara simbolik, tetapi kita dapat memahami telah berlaku pengeseran diantara Menteri Besarnya dengan Ketua Bahagian Teluk Kemang iaitu Tan Sri Isa. Umum mengetahui akan hubungan Menteri Besarnya dengan Ketua bahagian Teluk Kemang.
Mereka meminta Umno bahagian tersebut menyenaraikan seramai 3 calon, tetapi Umno bahagian tersebut hanya menyenaraikan ketuanya sahaja sebagai calon tunggal Umno. ini membuatkan Menteri Besarnya tidak berpuas hati dengan tindakkan bahagian tersebut.
Menteri Besarnya menganggap Tan Sri Isa adalah satu liabiliti kepada Umno untuk memenangi PRK tersebut walau pun dari segi undi, Umno telah kehadapan kerana undi pos sebanyak 5,000 undi. Tetapi tidak mustahil akan berlaku perkara yang diluar dugaan. Apa-apa sahaja boleh berlaku dalam pilihanraya kecil.
Mereka mungkin telah belajar pada PRK yang lepas, bagaimana peranan calon boleh mengubah trend pengundi. Mereka telah melakukan banyak kajian punca kekalahan mereka berturut-turut, yang mana sebilangannya besarnya adalah berpunca kerana calon mereka sendiri.
Inilah perkara yang menghantui mereka, yang mana pada pendapat mereka yang tidak menyenangi Tan Sri Isa ialah rekodnya yang masih lagi tidak bersih. Walau pun beliau telah melepasi pengantungannya selama 3 tahun kerana politik wang. Kerana itulah mereka mula menunjukkan ketidak senangan mereka dengan hanya satu nama sahaja yang dihantar.
Menteri Besar pula merasakan politiknya boleh tergugat dengan kehadiran semula Tan Sri Isa didalam arena politik Umno negeri Sembilan. Sebagai orang lama dan juga bekas naib presiden Umno, beliau melihat pengaruh Tan Sri Isa masih lagi berakar umbi didalam politik Negeri Sembilan.
Jika boleh........... beliau ingin menguburkan terus karier politik Tan Sri Isa di Negeri Sembilan. Kerana itulah beliau meminta agar Umno Telok Kemang menyenaraikan tiga calon untuk dihalusi. Yang pasti Umno Telok Kemang pasti tidak akan menyetujuinya.
Mereka tahu.......... jika ada nama lain, pasti Tan Sri Isa akan diketepikan. Dan mungkin akan berlaku tawar menawar nanti diantara Umno Telok Kemang dengan Umno Pusat. Mungkin Tan Sri Isa akan ditawarkan jawatan Menteri dengan melantiknya menjadi Senator.
Kerana didalam politik Umno, tidak ada perkataan mustahil........... apa-apa pun boleh berlaku. Kerana kemenangan di Dun Bagan Pinang sememangnya amat penting buat Umno setelah kemarau kemenangan sejak PRK Permatang Pauh hingga ke PRK Permatang Pasir. BN hanya memenangi PRK Lubuk Antu di Serawak sahaja.
Kemenangan di Lubuk Antu, Serawak sudah dijangkakan kerana trend politik Pantai Barat tidak sama dengan trend politik Pantai Timur. Kerana di Sarawak, jika batang pisang dipakaikan baju dan dicalonkan atas nama BN pasti menang. Politik di Sabah dan Sarawak, bagi penduduknya setiap kali pilihanraya ia adalah satu perayaan yang paling besar.
Lebih besar dari perayaan agama mereka sendiri, kerana pada masa itulah wang ditaburkan seperti menabur risalah. Jika boleh........ mereka mahu pilihanraya diadakan setiap bulan. Masa itulah poket akan penuh, kerana itu jugalah............. parti miskin tiada dihati pengundi................ lagi kaya parti tersebut, lagi cerah untuk memenanginya.
Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . BLUE.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/
Posting Komentar