Update Terbaru BLUE.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.

BONUS...SESUAI KE UNTUK PENJAWAT YANG MENSABOTAJ KERAJAAN? (blog.....pilihan-anda.blogspot)

Ada kalangan kakitangan kerajaan yang bersikap membenci kerajaan dan ada yang sanggup menyertai perarakan anjuran pembangkang.



Setengahnya juga ada yang membantah secara diam dengan mengundi pembangkang. Namun, apabila kerajaan membayar bonus atau sebarang sagu hati mereka tidak menolaknya.



Malah, saya yakin ada kalangan mereka yang turut mendesak untuk mendapatkan bonus atau saguhati lain.



Apakah bagi mereka ‘halal’ mengambil bantuan itu sedangkan mereka menentang dan mensabotaj pelbagai usaha kerajaan bagi memajukan rakyat?



Apakah mereka menyumbang kepada kerajaan apabila menjadi penentang dan berusaha menggagalkan sebarang usaha kerajaan?



Seramai 860,000 kakitangan awam kumpulan sokongan akan mendapat bantuan khas kewangan membantu mereka menghadapi Aidilfitri dan sesi persekolahan akan datang.



Kerajaan mengumumkan semalam, pembayaran bantuan khas kewangan itu sebanyak RM500.

Bayaran itu akan dibuat dua kali iaitu RM250 sebelum Aidilfitri dan bakinya pada Disember ini.



Saya mempersoalkan perkara ini kerana dalam sistem pembayaran bonus atau sagu hati, kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak pernah mempersoalkan sama ada seseorang itu menentang atau menyokong kerajaan.



Sedangkan dalam syarikat swasta, pembayaran bonus dan ex-gratia dibayar mengikut pencapaian seseorang, kecuali bonus yang ditetapkan melalui perjanjian bersama. Yang kurang menyumbang kepada syarikat pastilah mendapat pembayaran kurang.



Tetapi tidak dengan kerajaan. Yang malas, ponteng, berniaga di luar, sakit berpanjangan dan yang menentang kerajaan pun mendapat habuan yang sama.



Tahun lepas, 2 juta kakitangan awam negara ini menerima bonus sebulan gaji atau minimum RM1,000 dalam pembentangan Bajet 2009 oleh bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi.



Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu kenyataannya di Kuala Lumpur semalam menegaskan implikasi kewangan kepada 860,000 kerajaan bagi bayaran tersebut adalah sebanyak RM430 juta.



Keputusan itu diambil setelah mengambil kira kebajikan kakitangan awam dalam kumpulan itu terutama bagi meringankan beban kos persediaan musim perayaan dan persediaan persekolahan hujung tahun ini.



Melihat kepada apa yang dilakukan oleh kerajaan ini, wajarkah kerajaan dilihat zalim dan tidak adil?



Baru-baru ini, Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) merayu kerajaan menimbangkan ‘duit raya’ atau bonus kepada penjawat awam dalam pengumuman Bajet, Oktober ini.



Menurut presidennya, Omar Osman, pihaknya bersetuju jika Elaun Sara Hidup (COLA) tidak dapat dinaikkan memandangkan keadaan ekonomi yang lembap ketika ini.



“Tetapi tetapi kita harap biarlah dalam musim perayaan nanti kira-kira 1.2 juta penjawat awam di negara ini menikmati ’duit raya’,” katanya.



Malah, Omar dilaporkan memberitahu, perbincangan mengenai bonus itu telah diadakan menerusi dalam mesyuarat tertinggi kongres tersebut dan dibincangkan dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).



Jadi kepada penjawat kerajaan khususnya kepala penentang kerajaan, wajar mereka berfikir sejenak, apakah adil mereka menerima bantuan berkenaan?



Memanglah tidak akan nada perkataan terima kasih daripada mereka. Seperti biasa mereka akan mengatakan itu tugas kerajaan untuk menjaga kepentingan kakitangannya.



Juga apakah ‘rezeki mereka halal’ apabila mengambil habuan berkenaan?



Sedangkan hakikatnya mereka tidak menyumbang secara maksimum malah ada yang mensabotaj pula kepada usaha kerajaan memaju dan menstabilkan negara.



Tetapi bagaimana dengan kerajaan negeri yang diperintah pembangkang, apakah mereka juga akan memberikan habuan seperti ini?



Kelantan, Kedah dan Pulau Pinang – apakah mereka akan melakukan sama?



Ulasan Musafirlalu...........

Amat malang apabila masih ada orang-orang yang masih lagi berfikiran sempit....... Apakah beliau masih berpijak dibumi yang nyata atau pun beliau masih lagi dibuai mimpi-mimpi indah yang telah diwayangkan oleh Umno-Bn.

Sungguh memalukan apabila orang yang sempit pemikiran cuba menegak benang yang basah. Apakah beliau mengira gaji yang dibayar oleh kerajaan kepada kakitangan awam dan juga bonus raya yang tidak seberapa itu dan ditambah pula dengan dua kali pembayaran, adalah duit Umno-Bn.

 Maka beliau dengan sikap dangkalnya mempersoalkan tentang mutu kerja yang diberikan oleh kakitangan awam yang tidak menyokong kerajaan. Sebenarnya beliau menulis dialam khayalan ciptaan Umno-Bn.

Jika dinilai prestasi kakitangan awam yang tidak menyokong kerajaan dengan penyokong kerajaan, saya jamin yang menentang lebih bagus prestasinya. Kerana mereka telah dididik dengan baik agar beramanah dengan kerja yang diberikan kerana gaji yang mereka dapat itu adalah daripada rakyat, bukan daripada Umno-Bn.

Bangunlah dari dibuai mimpi yang diciptakan oleh umno-Bn itu. Sedarlah....... sekiranya duit itu Umno yang punya......... jangan harap satu sen pun dapat. Sedangkan hutang Umno dengan syarikat yang membekalkan peralatan pilihanraya yang bernilai beratus juta itu pun disonglap.

Sedarlah........ Umno-Bn hanya pemegang amanah yang telah diberikan oleh rakyat. Walau siapa yang mereka hendak sokong.......... itu hak mereka sebagai rakyat yang berpijak disebuah negara yang mengamalkan demo-kasi ala Umno.

Apakah jenis manusia yang menyuruh kakitangan awam berfikir sejenak, adilkah mereka mengambil habuan tersebut (bonos raya). Beliau juga mempertikaikan tentang rezeki itu halalkah untuk diambil. Masih wujudkah lagi orang seperti ini?

Saya ingatkan sudah tiada lagi orang yang berfikiran sempit ini.......... rupa-rupanya masih ada......... Sebelum hendak tanya orang........... tanyalah diri sendiri........... darimana hasil yang beliau makan, sekiranya beliau seorang kakitangan awam.

Apakah punca itu adalah daripada poket pemimpin Umno-Bn kah? Tidakkah itu adalah sumber daripada segala cukai tok nenek yang telah Umno-Bn kutip daripada rakyat jelata. Apakah beliau mengira hanya orang Umno-Bn sahaja yang membayar cukai?

Umno-Bn........ jika boleh, satu sen pun mereka tidak mahu bayar. Kerana itulah ramai pemimpin Umno-Bn muflis........... kerana apa......... lari daripada membayar hutang. Kita bayangkanlah jika hutang pun mereka tidak mahu bayar............ apatah lagi mengeluarkan duit poket untuk membela rakyat.

Buat penulis blog tersebut.......... berpijaklah dibumi yang nyata......... bermuhasabahlah akan diri sendiri sebelum menulis perkara menampakkan kebodohan yang terdapat pada diri sendiri........... cerminlah diri sebelum mengeluarkan apa-apa tulusan yang menjadi bahan ketawa.

Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . BLUE.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

Posting Komentar

 
Top