Saya ingat.......... semakin banyak saya menulis............. semakin banyak maklumat yang dapat saya salurkan kepada pembaca. Tetapi yang sebenarnya semakin bercelaru........... hakikatnya, saya telah menolong atau memberi kredit kepada media arus perdana yang menjadi pencacai Umno-Bn dalam menyebarkan maklumat kepada mereka.
Jerat yang dipasang oleh media arus perdana telah mengena tanpa kita sedari. Inilah perkara yang ditunggu oleh musuh-musuh Pakatan Rakyat. Kita mula mempertikaikan kenyataan para pemimpin Pakatan Rakyat dalam menangani sesuatu isu.
Kita bukan tolong memadam kebakaran dengan air, tetapi kita menggunakan petrol untuk memadamkannya. Kerja-kerja yang sepatutnya dijalankan oleh media pencacai Umno, telah dijalankan oleh blogger-blogger Pakatan Rakyat. Mereka telah memutar belitkan sedikit kenyataan para pemimpin Pakatan Rakyat, maka sesama blogger Pakatan Rakyat mula bercakaran.
Mereka telah berjaya dengan perangkap yang dipasang........... mereka telah berjaya mengalihkan tumpuan kepada isu yang sebenar............. Itulah perkara yang kita lakukan tanpa kita sedari............ Mereka telah berjaya mengalih pandang tentang isu yang sebenar.......... isu yang sepatutnya kita beri perhatian.............. Apakah kita ingin melihat Umno mula bernafas semula?
Sedangkan matlamat utama kita adalah untuk menghancurkan Umno-Bn........... tetapi tanpa kita sedari.......... kita telah membuka ruang yang seluas-luasnya untuk Umno-Bn bernafas............... Seperti yang berlaku di Kedah sekarang ini............ tentang isu arak. Apakah maklumat yang kita dapat itu adalah tepat seperti yang dilaporkan oleh media Umno-Bn.
Sudahkah kita betul-betul memahami apa yang sebenarnya berlaku di Kedah............. Kita tanya kepada diri kita sendiri............ patutkah kita menyerang kerajaan Pakatan Rakyat tanpa kita mempunyai maklumat yang tepat?............ Tidak cukup lagikah serangan yang kerajaan Kedah terima dari segenap penjuru?
Kemudian kita menambahkan lagi beban yang terpaksa kerajaan Pakatan Rakyat Kedah menahan serangan demi serangan dari luar.............. tiba-tiba timbul pula serangan daripada dalam sendiri. Kita mula berbalah dengan saranan DPP Pusat dengan kertas kerja "Cadangan kawalan dan garis panduan penjualan arak di negeri-negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat".
Kenapa isu tersebut diperbesar-besarkan? Apakah Ustaz Azizan jahil sangat tentang hukum arak disisi Islam? Jangan kerana sikap terburu-buru kita dalam mencari sokongan, maka pendapat pemimpin diketepikan. Apa yang saya lihat sekarang ini............ banyak masaalah yang timbul ini bukan berpunca daripada tekanan Umno-Bn.
Tetapi ianya berpunca daripada Pakatan Rakyat sendiri yang tidak peka dengan isu semasa yang sepatutnya kita bangkit. Apa yang Umno-Bn lakukan hanyalah untuk mengalih perhatian tentang apa yang sedang mereka alami. Sebenarnya banyak lagi isu-isu yang penting tentang Umno-Bn patut kita bongkarkan.
Bukannya menghentam pimpinan Pakatan Rakyat tanpa mempunyai maklumat yang betul-betul shahih. Apa yang kita dapat adalah bersumberkan kepada lapuran media massa pencacai Umno-Bn............. yang mana sumbernya sentiasa diputar belitkan........... apakah ini panduan kita sebagai sumber............ fikir-fikirlah.
Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . BLUE.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/
Posting Komentar