Update Terbaru BLUE.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V, menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga pelajar Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah yang terbakar awal pagi tadi.

Dalam satu kenyataan, Datuk Pengelola Bijaya Negara Istana Negara, Datuk Wan Ahmad Dahlan Ab Aziz berkata, baginda turut menzahirkan rasa dukacita di atas tragedi kebakaran yang mengorbankan 21 pelajar dan dua guru tahfiz di pusat berkenaan.

Katanya, Sultan Muhammad V bertitah bahawa negara ketika ini sedang bersedih dengan tragedi terbabit.

"Baginda juga menzahirkan ucapan takziah kepada ibu bapa dan seluruh ahli keluarga pelajar dan guru yang terkorban serta cedera dalam tragedi menyayat hati berkenaan.

"Baginda berdoa semoga ahli keluarga terbabit dengan tragedi menyedihkan ini diberikan kekuatan keimanan dan kesabaran atas ujian Allah ini," katanya.

Sultan Muhammad V turut menyeru seluruh rakyat Malaysia untuk sama-sama berdoa supaya roh pelajar dan guru tahfiz yang terkorban ditempatkan bersama orang beriman dan para solihin.

"Baginda juga mengucapkan penghargaan kepada semua pihak yang terbabit membantu pelajar, guru dan keluarga dalam menghadapi situasi sukar begini," katanya.



Sumber Yang di-Pertuan Agong rakam takziah Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . BLUE.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

Posting Komentar

 
Top