KUALA LUMPUR: Ranking skuad bola sepak lelaki negara kekal di tangga ke-166 dunia dalam senarai terbaru ranking Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) manakala skuad wanita melonjak ke tangga 79.
Skuad bola sepak lelaki Iran kekal sebagai pasukan terbaik rantau Asia iaitu di tangga ke-25 dunia, diikuti Jepun (40), Australia (50) dan Korea Selatan (51).
Untuk rantau Asia Tenggara, Filipina melonjak empat anak tangga untuk menghuni tangga ke-123 dunia, diikuti Vietnam (130), Thailand (137), Myanmar (152), Singapura (162) dan Laos (166).
Empat pasukan dari rantau ASEAN yang berada di bawah Malaysia ialah Indonesia (169), Kemboja (172), Brunei (186) dan Timor Leste (192).
Keputusan seri 1-1 ketika menentang Hong Kong dalam kelayakan Piala Asia 2019 pada 5 September lalu, menyelamatkan skuad kendalian Nelo Vingada daripada terus tergelincir dalam senarai ranking dunia itu.
Ketika semua pasukan rantau ASEAN menunjukkan peningkatan tahun ini, hanya Malaysia kekal di ranking sama manakala Thailand yang muncul wakil tunggal rantau ini ke pusingan akhir Kelayakan Piala Dunia 2018 - mengalami penurunan.
Vingada yang belum merakam sebarang kemenangan sejak mengendalikan Harimau Malaya Mei lalu, perlu memastikan kemenangan ke atas Korea Utara di Pyongyang pada 5 Oktober depan bagi memastikan peluang ke Piala Asia 2019 terus terbuka, sekali gus memperbaiki ranking negara.
Sumber Ranking Harimau Malaya tak berubah Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . BLUE.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/
Posting Komentar