Update Terbaru BLUE.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.

KALAU diselak kisah lampau, hubungan Abby Abadi dan Norman Hakim sering terpalit dengan kontroversi sehinggalah kedua-dua mereka memutuskan untuk bercerai.

Namun selepas masing-masing membina kehidupan baharu, mereka akhirnya menjadi conjadi contoh kepada masyarakat perpisahan bukan alasan untuk tidak mengekalkan hubungan baik demi silaturahim yang dituntut dalam Islam.

Tindakan Norman memuat naik gambar bersama isteri, Memey Suhaiza serta Abby dan suami iaitu Muhammad Faizal Zakaria di pusat kereta kabel Langkawi dilatari dengan kunci mangga berbentuk cinta membuatkan pengikutnya tersentuh.

Menulis kapsyen ringkas, forever love (cinta selamanya), mereka dihujani dengan pelbagai kata-kata positif dan doa daripada peminat yang menyatakan rasa kagum dengan keakraban ditunjukkan.


Ramai turut menyifatkan hubungan baik Abby dan Norman juga sebagai inspirasi dan contoh kepada pasangan lain yang turut melalui perceraian.

"Suka tengok Norman dan Abby masih kekalkan hubungan demi anak. Tahniah juga pada Memey yang sentiasa memahami.

"Dulu saya cukup marah dengan Memey, sekarang tengok pada hubungan yang baik... Alhamdulillah, saya berbalik pada jodoh," tulis @azlina1407.

@nonaqooqie pula menulis, "Suka tengok famili @abby_abadi112. Alhamdulillah berkat sabar, manis diakhirnya.

"Patut dicontohi oleh kita-kita semua, bercerai tidak semestinya putus ikatan, mungkin tidak serasi sebagai suami-isteri tapi serasi sebagai kawan dan sahabat.

Norman dan Memey bersama anak mereka, Dirkhriz dan Darwishz.

"Paling penting anak-anak tidak jadi mangsa," tulisnya.

Malah Abby menerusi satu perkongsian foto bersama Memey turut mendoakan agar kasih sayang di antara mereka berpanjangan dan meminta pengikutnya sentiasa mengingati mereka dalam doa.

"Ukhwah fillah abadan abada. Semoga kasih sayang ini berpanjangan. Ingat kami dalam doa kalian ya," tulis Abby.

Pada percutian itu, keluarga besar berkenaan dilihat meluangkan masa berkualiti dan sempat berkunjung ke beberapa lokasi menarik di pulau peranginan itu.

Jelas raut kegembiraan pada wajah anak-anak mereka yang gembira dapat bersama ibu-bapa mereka.

Keluarga besar ini menghabiskan masa bersama dengan bercuti di Pulau Langkawi.

Abby dan Norman bercerai pada 2008 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Mohamed Danish Hakim, 14, Marissa Dania Hakim, 12, dan Maria Danisha Hakim yang berusia sembilan tahun.

Bekas anggota kumpulan Elite itu kemudiannya bertemu jodoh dengan Muhammad Noor Farhan Che Bakar, 25, pada 2013 sebelum bercerai selepas 11 bulan berumah tangga.

Abby kemudiannya berkahwin dengan Muhammad Faizal pada 2015.

Manakala Norman pula berkahwin dengan Memey pada 24 September 2011 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu  Muhammad Darwishz Hakim, 4, dan Muhammad Dirkhriz Hakim yang kini berusia dua tahun.

Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . BLUE.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

Posting Komentar

 
Top