Update Terbaru BLUE.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.

Kementerian Kesihatan (KKM) menerima permohonan maaf daripada theindependent.sg, atau TISG berhubung penyiaran laporan tidak tepat mengenai kematian seorang warganegara Singapura baru-baru ini.

 

Kementerian Kesihatan terima permohonan maaf portal Singapura, The Independant SG

Kementerian Kesihatan terima permohonan maaf portal Singapura, The Independant SG

 

 

Menterinya, Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata pihaknya menerima permohonan maaf berkenaan dengan hati terbuka.

“Hari ini portal itu dah minta maaf tentang apa yang disebarkan dan kalau mereka minta maaf kita ok sahaja.

“Selain itu berita yang disiarkan juga telah dikeluarkan daripada portal berkenaan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Konvensyen MIC Negeri Perak ke-71 di sini, Ahad.

 

Pada Ahad, TISG menerusi notis di laman webnya menyatakan ia memohon maaf dengan sepenuh hati kepada pihak yang berkenaan susulan penderitaan dan kesedihan akibat daripada insiden itu.

Notis itu menggantikan artikel asal bertajuk “warga Singapura berusia 25 tahun meninggal dunia selepas hospital Malaysia menuntut bayaran tunai sebelum rawatan” yang disiarkan pada 31 Ogos. – BERNAMA

Sumber: Mstar



Sumber Kementerian Kesihatan terima permohonan maaf portal Singapura, The Independant SG Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . BLUE.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

Posting Komentar

 
Top