Update Terbaru BLUE.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.

LELAKI patah kaki kiri akibat digilis lori selepas mangsa yang dipercayai mabuk tidur di bawah lori berkenaan di Jalan Delima 4, Batu 6, Tambun, Ipoh, 5.45 pagi, hari ini.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ipoh, Khairuddin Hussin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 5.51 pagi sebelum sepasukan anggota bergegas ke lokasi kejadian.

Katanya, sebaik tiba, pihaknya mendapati mangsa, 39, tidak dapat bergerak akibat kaki kirinya patah dan masih berada di bawah lori.

Menurutnya, mangsa dipercayai mabuk dan tidur di bawah lori itu sebelum pemandu lori yang tidak menyedari memandu lori berkenaan.

“Anggota yang tiba mendapati mangsa tidak tersepit namun tidak boleh bergerak akibat kecederaan itu.

“Mangsa kemudiannya dikeluarkan menggunakan pengusung sebelum dibawa ke HRPB (Hospital Raja Permaisuri Bainun) untuk rawatan,” katanya ketika dihubungi.

 

Sumber: Harian Metro



Sumber Padah tidur bawah lori kerana mabuk, digilis sampai patah kaki Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . BLUE.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

Posting Komentar

 
Top