Update Terbaru BLUE.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.
Finas Mansuhkan Kategori Filem Terbaik Kebangsaan, Fokus Pada Filem

Barisan yang terlibat dengan Festival Filem Malaysia (Pic: Chempaka Nur Iman)

Mencetuskan polemik tahun lalu, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) mengambil keputusan memansuhkan kategori Filem Terbaik Kebangsaan dan Filem Terbaik Malaysia pada Festival Filem Malaysia ke-29 (FFM29), kali ini.

Ketua Pengarah Finas merangkap Pengerusi Jawatankuasa Induk FFM29, Datuk Fauzi Ayob berkata, pihaknya menetapkan kategori Filem Terbaik yang diangkat daripada nashkah paling bagus sebagai pemenang.

“Selepas mengambil kira pelbagai faktor, jawatankuasa induk FFM sepakat memansuhkan pengasingan kategori filem bagi mengelakkan kontroversi sekali gus semua calon diadili menerusi satu kategori sahaja.

"53 filem ini akan merebut 24 trofi yang dipertandingkan. Antara perubahan lain pula adalah kesemua 24 anugerah itu akan disampaikan pada malam kemuncak, berbanding dulu diadakan dua majlis berasingan membabitkan Anugerah Utama dan kategori teknikal.

"Mekanisma ini diambil untuk menghargai usaha karyawan baik di depan mahupun di belakang tabir yang berjuang mendapatkan kualiti kerja terbaik. Malah fokus pengiktirafan tahun ini juga menjurus kepada filem cereka saja.

"Pengiktirafan karya animasi dan filem pendek akan dipertandingkan dalam platform lain," katanya.

Terdahulu, pada penganjuran musim lalu berlaku bantahan dikalangan penggiat industri sebaik penganjur mengumumkan diwujudkan kategori berasingan bagi filem Bahasa Malaysia dan bukan Bahasa Malaysia untuk dipertandingkan.

Zizan Razak galas tugas sebagai pengacara utama.

Tahun ini sebanyak 53 filem dipertandingkan untuk membawa pulang trofi dalam majlis pengiktirafan yang dijadualkan berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 23 September ini.

Sementara itu, Fauzi mengesahkan daripada jumlah penyertaan, sebanyak 41 buah adalah filem berbahasa Melayu manakala enam lagi dalam Mandarin, lima Tamil dan selebihnya naskah bahasa Inggeris.

Katanya lagi, pengumuman berkenaan lima calon terbaik bagi setiap kategori yang bakal mara ke malam kemuncak tidak dilakukan seperti mana penganjuran FFM terdahulu, hinggalah tiba pada malam kemuncak nanti.

“Penjurian untuk pemilihan dilaksanakan secara dua fasa iaitu pada melalui saringan awal bermula dari 4 hingga 11 September 2017 dan kemudian calon melalui pula pemilihan peringkat kedua pada 12 hingga 19 September.

“Seperti yang sudah kita maklumkan sebelum ini, senarai lima calon teratas hanya akan diumumkan pada malam kemuncak FFM29 nanti. Amalan pengumuman ‘Top 5’ kita ubah sedikit tahun ini," ulasnya.

Bagi memeriahkan acara, pelakon dan pengacara, Zizan Razak dipertanggungjawabkan untuk menggalas tugas sebagai hos utama FFM29 bergandingan dengan tiga pelakon jelita iaitu Nabila Huda, Elizabeth Tan serta Thanuja.

Istimewanya, sekali lagi Finas menjalin kerjasama dengan Persatuan Wartawan dan Penulis Hiburan Malaysia (Wham) selaku rakan promosi bagi acara tahunan ini.

Pada masa sama, Fauzi berkata, FFM29 mengangkat tema Transformasi Citra Karya yang membawa kelainan dengan memberi fokus kepada program pembangunan untuk modal insan.

"FFM29 bukan hanya untuk berseronok tetapi masih tegar diserapkan pelbagai pengisian meliputi bidang keilmuan untuk meningkatkan kreativiti dan idea.

"Aneka program diatur untuk membawa manfaat kepada penggiat seni seperti membawa pakar filem dari India dan Amerika Syarikat (AS) mengendalikan kelas sinematografi di Studio Sound Stage FINAS," katanya.



Sumber Finas Mansuhkan Kategori Filem Terbaik Kebangsaan, Fokus Pada Filem Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . BLUE.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

Posting Komentar

 
Top