Update Terbaru BLUE.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.

Datuk Seri Najib Razak disapa Presiden Donald Trump di Rumah Putih, Washington 12 Sept 2017. — Foto Bernama Datuk Seri Najib Razak disapa Presiden Donald Trump di Rumah Putih, Washington 12 Sept 2017. — Foto Bernama WASHINGTON, 14 Sept ― Datuk Seri Najib Razak menyimpulkan pertemuannya dengan Presiden Donald Trump di Rumah Putih sebagai manifestasi bahawa Malaysia kini diiktiraf sebagai pelaku global yang tidak boleh diabaikan.

Menurut perdana menteri, presiden Amerika Syarikat itu mengambil serius pandangan Malaysia berhubung isu-isu antarabangsa seperti Korea Utara, perkembangan di Asia Barat dan saingan di Laut China Selatan.

Beliau berkata beliau tenang tanpa apa-apa tekanan semasa pertemuan dengan Trump di Rumah Putih pada Selasa, meskipun dilemparkan dengan pelbagai tohmahan berhubung kunjungan itu.

"Saya sangat gembira disambut mesra oleh presiden Amerika Syarikat dan beliau begitu bersungguh-sungguh (mengalu-alukan kedatangan saya).

'Beliau menerima saya bukan semata-mata sebagai PM tetapi juga sebagai seorang kawan," kata Najib kepada media Malaysia di akhir lawatan tiga hari beliau ke pusat pentadbiran Amerika Syarikat itu pada Rabu.

Perdana menteri kemudian berlepas ke kota raya London untuk kunjungan ringkas bagi mengadakan pertemuan dengan perdana menteri Britain Theresa May di No. 10, Downing Street.

Pertemuan Najib-Trump berlangsung kira-kira sejam dengan kedua-dua pemimpin berwajah riang serta akrab.

Menjelang kunjungan Najib ke Rumah Putih atas jemputan pemimpin negara kuasa besar itu, pelbagai tulisan negatif tersiar yang antara lain mengaitkan Najib dengan siasatan Jabatan Keadilan Amerika Syarikat terhadap 1MDB.

Najib seterusnya berkata pandangan Malaysia juga didengari apabila Trump segera memberi perhatian kepada isu Rohingya setelah diperjelaskan kepadanya mengenai krisis itu dan implikasinya.

Hasilnya, Amerika Syarikat dan Malaysia kemudian mengeluarkan kenyataan bersama mengutuk keganasan terhadap etnik Rohingya di Myanmar dan mendesak supaya ia segera dihentikan.

Di samping itu, pentadbiran Trump mengambil serius kunjungan Najib memandangkan Presiden Trump turut diapit barisan penasihat kanannya semasa mesyuarat delegasi.

Hadir bersama Trump ialah naib presiden Mike Pence, setiausaha negara Rex Tillerson, ketua staf Jeneral John Kelly dan penasihat keselamatan negara Lt Jen HR McMaster.

Satu lagi tanda kejayaan Malaysia ialah ia kini berkemampuan mengeksport dana berbanding 60 tahun dahulu sebagai pengeksport getah dan bijih timah.

Najib juga berkata pemimpin-pemimpin korporat Amerika yang beliau temui pada satu majlis menyatakan keyakinan terhadap ekonomi Malaysia serta menjangka keuntungan bertambah pada tahun depan. ― Bernama



Sumber Bertemu Trump, Najib tidak tertekan meski ditohmah Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . BLUE.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

Posting Komentar

 
Top