SERDANG, 14 Sept — Pelaburan besar dari China perlu dipastikan memberi manfaat kepada kontraktor dan warga tempatan, gesa seorang ahli akademik.
Pensyarah Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran Universiti Malaya berkata hasil pelaburan China perlu dinikmati rakyat tempatan agar tidak dipolitikkan pada masa depan.
“Akhir-akhir ini banyak pelaburan besar datang dari China, lebih kurang RM150 bilion dilaburkan di negara kita.
“Persoalannya adakah ‘ketirisan’ projek ini akan mengalir kepada kontraktor, penduduk atau pekerja tempatan?
“Atau adakah ia dibolot oleh semua kontraktor yang datang dari negara luar? Sekiranya itu berlaku, akan timbul masalah tidak puas hati,” kata Dr Muhammad Asri Mohd Ali.
Beliau berkata demikian ketika wacana ilmuwan sempena sambutan Hari Malaysia Majlis Profesor Negara (MPN) di sini semalam.
Asri berkata MPN dan universiti tempatan perlu memastikan hasil pelaburan besar China tidak dibawa pulang kontraktor asing.
“Menjadi tanggungjawab MPN memastikan pelaburan besar ini, ‘ketirisannya’ berlaku kepada masyarakat.
“Bukan dibolot sesetengah pihak agar tidak menjadi isu politik pada masa akan datang,” katanya.
Felo penyelidik MPN itu juga menyeru rakyat tempatan tidak terikut-ikut dengan aktiviti politik yang boleh memberi dampak kepada pelaburan asing.
“Kita berdepan dengan suasana global di mana pelabur bukan tertumpu di negara kita saja.
“Bila mereka datang, mereka perlukan tapak yang kukuh, masyarakat yang stabil dan politik yang kuat untuk mendapat kembali modal mereka.
“Kalau itu yang kita gambarkan kepada masyarakat antarabangsa, ini akan menjejaskan peluang kita ke arah ekuiti yang saksama,” katanya.
Asri berkata pelaburan besar dari China menunjukkan negara tembok besar itu mempercayai kestabilan ekonomi Malaysia.
Projek-projek besar melibatkan pelaburan China di negara ini termasuklah Forest City di Johor, pembinaan pelabuhan di Kuantan dan landasan keretapi ke Kuala Lumpur-Kota Baru.
Sumber Elak dipolitik, pastikan RM150b pelaburan China ‘tiris’ untuk rakyat Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . BLUE.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/
Posting Komentar