Update Terbaru BLUE.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.

'Ulat Tiket' Buat Rakyat Panas, Suka Hati Naik Harga

SEMENJAK awal pagi tadi lagi ramai rakyat Malaysia berpusu-pusu membanjiri pekarangan Stadium Shah Alam bagi mendapatkan tiket perlawanan akhir bola sepak Sukan Sea 2017, Malaysia menentang Thailand.

Tapi apa yang mendukacitakan ialah apabila ada segelintir ‘ulat tiket’ yang mengambil kesempatan dalam kesesakan yang berlaku pagi tadi.

Seorang pembeli hanya dibenarkan untuk membeli lima tiket sahaja bagi memberi laluan kepada yang lain untuk membeli. Walaupun terpaksa bersesak-sesak namun masih ramai yang sanggup untuk meredah banjiran manusia dekat sana.

Ulat tiket ni pula, waktu macam ni lah yang sesuai untuk mereka mengambil kesempatan deengan menjual tiket dengan harga yang sangat tinggi dan merepek!

Mana tidaknya, harga asal perlawanan ialah cuma RM21.20 tapi harga yang mereka jual ialah RM50, RM60, RM100 dan ada juga sampai RM200! Ini betul betul riba ni!

Tempat untuk mereka ‘promote’ business tak berakal ini ialah di laman sosial. Tapi ada juga yang sampai jual di portal jual beli online Mudah.my serta aplikasi Carousell. Memang ramai yang tak puas hati dengan tindakan mereka ni.

Walaupun awak yang beratur dalam sesak manusia tu, tapi ia tak bermaksud awak boleh jual dengan harga yang tak masuk akal macam tu. Kesian juga dekat orang yang datang dari jauh, bila sampai ke kaunter… Tiket pun dah habis.

Tak cukup dengan yang jadi ulat tiket, malah ada juga yang tak berpuas hati kerana tiket yang dikeluarkan dilaporkan tidak mencukupi. Dikatakan tiket yang dijual iaitu sebanyak 40,000 keping terlalu sedikit. Malah ramai juga yang mempertikaikan mengapa tiket ini tidak dijual secara online? Ianya juga menyusahkan ramai orang.

Dikatakan juga telah beberapa kali berlaku rusuhan di kaunter A kerana ramai yang bengang kerana masih tidak dapat membeli tiket walaupun sudah beratur dari awal pagi.

Tapi bagi yang tak ada rezeki nak tengok bola dekat stadium, anda boleh menebus kekecewaan itu dengan pilih untuk menonton di mana-mana premis kedai mamak yang buka big screen.

Tak dapat pergi stadium, tak bermakna tak boleh sokong team Malaysia kan. Ayuh #bangkit bersama!

 

Sumber: MYENWSHUB.CC



Sumber Rakyat panas ulat tiket jual tiket final Sukan Sea RM100, RM200 Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . BLUE.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

Posting Komentar

 
Top