Update Terbaru BLUE.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.

Kehadiran kereta peronda polis (MPV) yang sedang menjalankan rondaan dapat menyelamatkan seorang pelajar kolej swasta warga Uganda daripada dirogol lelaki Nigeria.

 

Polis selamatkan pelajar wanita warga Uganda dari dirogol lelaki Nigeria di Jalan Subang

Polis selamatkan pelajar wanita warga Uganda dari dirogol lelaki Nigeria di Jalan Subang

 

 

Dalam kejadian itu jam 1 pagi tadi, wanita terbabit sedang berjalan berseorangan untuk pulang ke rumahnya sebelum dihampiri suspek yang menaiki sebuah kereta sebelum mempelawa untuk minum bersamanya.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Mohammad Azlin Sadari, berkata wanita terbabit yang tidak mengenali lelaki berkenaan kemudian bersetuju dan menaiki kereta yang dipandu suspek.

“Suspek berusia 30 tahun, kemudian memandu keretanya ke Jalan Subang 3, sebelum berhenti di tepi jalan kawasan sunyi dan mengacukan pisau ke arah mangsa.

“Dia kemudian mengarahkan mangsa membuka seluar sehingga menyebabkan mangsa menggigil ketakutan dan mengikut kehendak suspek terbabit,” katanya ketika dihubungi BH.

Azlin berkata, pada masa sama, sebuah kereta peronda polis yang melalui kawasan itu terlihat situasi mencurigakan selepas mangsa memberikan isyarat kepada anggota peronda.

“Anggota peronda kemudian berhenti dan melakukan pemeriksaan sebelum menemui pisau yang digunakan suspek.

“Suspek kini ditahan mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan atas kesalahan cuba melakukan rompakan dan rogol,” katanya.

Suspek kini ditahan reman selama 14 hari untuk tindakan dan siasatan lanjut.

Sumber: Bharian



Sumber Polis selamatkan pelajar wanita warga Uganda dari dirogol lelaki Nigeria di Jalan Subang Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . BLUE.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

Posting Komentar

 
Top