Perasan juga kebelakangan ini jarang melihat gambar Keith Foo bersama isteri dimuat naik ke Instagram, rupanya ada gosip mengatakan rumah tangga pasangan ini bergolak.
Lebih menguatkan gosip itu apabila isterinya tidak mengikut Instagram Keith lagi. Namun Keith menafikan dakwaan terbabit, dan menjelaskan hubungan mereka masih bahagia.
“Kami juga ketika ini sedang sibuk membuat persiapan untuk berpindah ke rumah baharu. Semuanya baik-baik saja dan kami pun baru saja dapat anak perempuan. Dalam soal tidak mengikutinya di Instagram, saya sendiri pun tak sedar akan hal terbabit. Anak buah saya gemar melihat gambar di akaun suami saya. Mungkin dia tersalah tekan”
Sementara itu, dikhabarkan juga Keith baru-baru ini terlantar di hospital berikutan masalah rumah tangga yang dihadapinya dengan isteri. Tetapi perkara itu turut dinafikan Keith, dan menegaskan insiden beliau dimasukkan ke hospital kerana mengalami kecederaan ketika bersenam hingga menyebabkan kepalanya terhantuk.
“Cerita kononnya rumah tangga kami bermasalah itu tidak benar sama sekali. Malah, kehidupan kami macam biasa saja. Baru-baru ini, memang saya dimasukkan ke hospital, tetapi disebabkan kecederaan dialami ketika bersenam. Kepala saya terhantuk pada objek keras. Jadi, dua malam juga saya terpaksa bermalam di hospital,” katanya kepada Berita Harian Online.
Macam-macam saja gosip liar yang bertebaran padahal rumah tangga Keith dan isteri bahagia sahaja rupanya. Malah pasangan ini juga baru sahaja mendapat cahaya mata baru-baru ini. Apapun semoga Keith dan isteri sentiasa berbahagia di samping anak comel mereka.
Posting Komentar