SEJAK lima minggu lalu, anggota kumpulan lawak Sepahtu, Rahim giat menjalani program Misi XL Rahim yang dianjurkan oleh stesen radio Sinar FM.
Rahim yang juga penyampai radio di stesen berkenaan menerusi segmen Sepahtu Sinar telah berjaya menurunkan berat badannya sebanyak 22.5 kilogram dalam masa lima minggu. Wow, mengagumkan!
“Asalnya misi ini hanyalah sekadar gurauan, tapi bila mereka kata dah ada jurulatih kesihatan, saya mula dapat rasakan program ini serius.
“Jadi saya ambil keputusan untuk cuba lagipun program ini hanya berlangsung selama lima minggu dan mereka lebih fokus untuk kurangkan saiz, bukannya berat.
“Disebabkan rasa tidak yakin, saya hanya minta untuk kurangkan saiz XXXL kepada XXL namun mereka kata terlalu senang dan tidak mencabar,” katanya dipetik laporan Astro Awani.
Rahim mengakui dia seorang yang malas bersenam, namun digagahkan jua bagi menghargai pihak pengurusan yang telah mendapatkan trainer untuknya.
“Memang berat hati nak mulakan misi ini sebab saya seorang yang paling malas nak bersenam tapi saya nekadkan hati dan kuatkan semangat.
“Alhamdulillah saya sendiri tak sangka berjaya dapatkan saiz XL, pengorbanan dan usaha saya selama ini tidak sia-sia,” ujarnya.
Setelah berjaya menampakkan hasil dari pengamalan gaya hidup sihat yang diamalkan beberapa minggu ini, Rahim menyatakan yang dia akan mempraktikkannya pada masa akan datang dan tidak mensia-siakan ilmu tersebut.
“Bukan senang orang yang dah berumur seperti saya mahu turunkan berat, jadi bila fikir balik takkan saya mahu sia-siakan perkara baik seperti ini.
“Lebih baik teruskan sahaja lagipun ini untuk kebaikan kesihatan saya juga. Ilmu yang diberikan oleh coach Amirul dan Aminah akan saya praktikkan dalam kehidupan harian,” tambahnya.
Misi ini telah dijalankan sejak 24 Julai lalu dengan berat badan Rahim 125 kg dan kini berat badannya telah menurun ke angka 102.9 kg. Ramai juga rakan-rakan artis yang hadir memberikan sokongan kepada Rahim pada finale misinya itu.
Sumber: MYNEWSHUB.CC/Aisyah Karim
Sumber Inilah gambar terkini Rahim Sepahtu yang berjaya turun saiz dari XXXL ke XL! Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . BLUE.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/
Posting Komentar