Update Terbaru BLUE.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.

Syarikat pengeluar roti berjenama Gardenia dilaporkan telah menaikkan harga roti antara 5 hingga 15 sen baru-baru ini, manakala roti jenama Top turut menaikkan harga keluarannya.

"Sila jelaskan kenapa harga roti naik?" - Sandrea Ng, Naib ketua Angkatan Muda PKR Perak

“Sila jelaskan kenapa harga roti naik?” – Sandrea Ng, Naib ketua Angkatan Muda PKR Perak

Kenaikan harga baharu ini sudah pasti mengejutkan pelbagai pihak terutamanya pengguna kerana harga barangan asas seperti tepung dan gula tidak dinaikkan dalam masa terdekat.

Pengguna sudah pasti ingin tahu, apakah punca kenaikan harga roti ini secara tiba-tiba?

Bukankah dengan kenaikan ini turut akan menjadi satu alasan peniaga makanan untuk menaikkan harga makanan seperti roti bakar dan sebagainya.

Saya menuntut pihak pengurusan syarikat roti untuk memberikan penjelasan kepada umum mengenai tindakan syarikat pengeluar roti terbabit.

Sudah pasti rakyat bawahan yang akan menjadi mangsa utama merasai kepedihannya.

Selain mee segera, roti juga merupakan makanan popular di kalangan pelajar dan orang bujang. Jika harga roti pun sudah dinaikkan, selepas ini makanan apa pula yang akan dinaikkan?

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hamzah Zainudin, pegawai penguatkuasa dan pemantau di kementeriannya harus mengawasi harga makanan di seluruh negara dari semasa ke semasa serta mengambil tindakan sewajarnya jika terdapat mana-mana pihak didapati menaikkan harga sesuka hati.

Kini dilihat para pemimpin kerajaan Umno BN sedang cuba untuk melembutkan hati rakyat yang semakin resah dengan fenomena yang semakin menekan hidup rakyat namun gagal.

Skandal-skandal besar yang melanda negara seperti 1MDB adalah lebih mudah difahami rakyat bahawa negara kini sedang mengalami ekonomi yang teruk.

* Sandrea Ng seorang naib ketua Angkatan Muda PKR Perak

** Tulisan ini pendapat peribadi penulis atau organisasinya dan tidak semestinya mewakili pendapat Malay Mail Online.

Via: Malay Mail



Sumber “Sila jelaskan kenapa harga roti naik?” – Sandrea Ng, Naib ketua Angkatan Muda PKR Perak Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . BLUE.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

Posting Komentar

 
Top