Update Terbaru BLUE.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.

 Sekarang lelaki boleh memilih saiz kondom yang serasi dengan saiz alat kelamin mereka daripada pembekal terbesar di dunia.

Macam coli, sekarang lelaki boleh beli kondom ikut saiz mereka

Macam coli, sekarang lelaki boleh beli kondom ikut saiz mereka

Karex, syarikat Malaysia, menyediakan perisian di internet yang menentukan saiz kondom sesuai dengan kelelakian masing-masing, lapor The Irish Times.

“Kelelakian ada bermacam bentuk dan saiz dan kini melalui kami dalam talian mereka boleh membeli kondom macam wanita membeli coli,” kata ketua pegawai eksekutifnya MK Goh.

“Mereka boleh muat turun perisian yang mengukur panjang dan ukur lilit kemaluan untuk menentukan saiz dan kemudian memesan kondom daripada kami.”

Melalui kemudahan dalam talian, tambahnya, lelaki lebih senang berterus terang tentang saiz alat sulit mereka berbanding di kedai.

“Kami ada 66 saiz kondom yang dibuat khas tetapi tiada peruncit yang berminat menjual semuanya, jadi kami terpaksa menjual atas talian,” kata Goh lagi.

Akhbar itu melaporkan Karex merekodkan pendapatan US$92 juta (RM395 juta) tahun lalu dan mengeksport lima bilion kondom ke 120 negara.

Karex dilaporkan menguasai kira-kira 17 peratus pasaran dunia untuk produk ini.

Syarikat ini merancang mengeluarkan tujuh bilion kondom menjelang hujung tahun. Ia mengilang tiga bilion setahun sebelum disenarai di bursa saham pada 2013.

Sumber: Malay Mail



Sumber Macam coli, sekarang lelaki boleh beli kondom ikut saiz mereka Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . BLUE.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

Posting Komentar

 
Top