Update Terbaru BLUE.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.

KOTA TINGGI: Seorang mangsa culik bertindak berani melarikan diri dengan membuka pintu kereta suspek yang masih belum dikunci sebelum melompat keluar dari kenderaan berkenaan dalam kejadian di Bukit Samsu, dekat sini, malam tadi.

 

Remaja perempuan 15 tahun mangsa culik lompat keluar dari kereta, suspek berjaya ditahan orang ramai

Remaja perempuan 15 tahun mangsa culik lompat keluar dari kereta, suspek berjaya ditahan orang ramai

 

Kenderaan yang digunakan suspek cubaan menculik remaja perempuan 15 tahun di Bukit Samsu, Kota Tinggi lebih kurang 8.45 malam semalam. – Foto ihsan Facebook

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Ahsmon Bajah berkata, akibat tindakan itu mangsa yang berusia 15 tahun mengalami kecederaan pada tangan, kaki dan badan akibat jatuh di atas jalan.

Katanya, suspek terus melarikan diri sebelum terbabas di tepi jalan dan merempuh pokok.

“Orang awam yang menyedari kejadian itu terus menangkap suspek dan menyerahkan pada pihak polis,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Dalam kejadian jam 8.45 malam itu, suspek yang menaiki Perodua Myvi dikatakan cuba melarikan remaja perempuan berkenaan di hadapan sebuah kedai runcit di kawasan berkenaan.

Ahsmon berkata, mangsa bersama rakannya berada di hadapan kedai itu sebelum didatangi suspek seorang diri yang terus bertindak menarik mangsa dan memecut kenderaannya untuk melarikan diri.

Kejadian itu turut menjadi viral dalam laman Facebook yang dimuat naik beberapa individu dan laman media sosial berkenaan sejak malam tadi.

Ashmon berkata, siasatan awal mendapati suspek memiliki dua rekod jenayah lampau membabitkan kes dadah.

“Motif kejadian masih dalam siasatan termasuk mendapatkan pengesahan pakar sama ada wujud pengaruh dadah berdasarkan rekod lampau pada suspek.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan denda, jika sabit kesalahan,” katanya.

Sumber: Bharian



Sumber Remaja perempuan 15 tahun mangsa culik lompat keluar dari kereta, suspek berjaya ditahan orang ramai Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . BLUE.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

Posting Komentar

 
Top