Update Terbaru BLUE.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.

Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) akan menerima penghargaan ucapan tahniah menerusi papan LED di beberapa siri perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) secara langsung pada 23 September ini.

JDT

Pemilik kelab, Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkata, paparan selama tiga minit itu akan dibuat di stadium pasukan yang bermain dalam liga berkenaan selepas majlis JDT menjulang trofi Liga Super pada 20 September depan.

Menurutnya, beberapa siri perlawanan EPL di England akan terpapar ucapan tahniah kepada pasukan JDT yang menjuarai Liga Super Malaysia untuk empat tahun berturut-turut.

“Itulah hadiah saya kepada penyokong JDT di luar negara dan dalam negeri, saya letakkan Kelab Bola Sepak JDT dan juga negeri Johor di mata dunia.

“Kalau ini pun masih ada pihak yang nak menafikan JDT berada dalam kelasnya tersendiri dengan pencapaian dalam dan luar padang, maka lebih baik anda pergi selam sampai ke Sri Lanka,” katanya menerusi laman Facebook Johor Southern Tigers, semalam.

Tunku Mahkota Johor itu membuat pengumuman tersebut sambil mengulas mengenai terdapatnya segelintir pihak yang sentiasa mempertikai kejayaan yang diraih jaguh selatan tanah air tersebut sepanjang pembangunan drastik dilakukan beberapa tahun ini.

“Sedih juga apabila terdapat sesetengah pihak cuba untuk menjatuhkan atau mempertikaikan imej dan pencapaian JDT, lihatlah ketika mereka berusaha mencemarkan nama baik kelab, semakin banyak penaja, pemimpin dunia bola sepak luar negara hadir memberi pengiktirafan kepada kami.

“Anda boleh benci saya ataupun JDT, anda boleh sayangi saya dan JDT, tetapi apabila anda cuba mempertikaikan kejayaan yang kami ada itu menunjukkan anda kurang bijak kerana pengiktirafan yang datang melimpah ruah adalah daripada luar negara,” katanya.

Dalam pada itu, Tunku Ismail turut menegaskan dirinya juga tidak terjejas dengan segala tohmahan yang diberikan kerana hasratnya hanya mahu menaikkan mutu bola sepak selain terus berusaha memperkenalkan jenama pasukan JDT di persada antarabangsa.

“Apabila ramai pihak yang cuba mencemar nama baik saya, atau membuat satu senario seolah-olah ia adalah satu kempen antara saya dan seseorang individu, nasihat saya kepada mereka teruskanlah perjuangan tersebut.

“Itu adalah kerana saya tidak memerlukan undi kerana saya memang akan jadi siapa saya di negeri ini selain akan sentiasa membimbing serta berkhidmat untuk rakyat dan negeri Johor,” katanya.

 

Sumber: Sinar Harian



Sumber Ucapan tahniah kepada JDT bakal terpampang di EPL Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . BLUE.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

Posting Komentar

 
Top