Update Terbaru BLUE.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.
Bukti Joy Revfa Masih Isteri Orang Ketika Nikah Dengan Hafiz Hamidun Didedahkan

Setelah beberapa minggu kontroversi rumahtangga Hafiz Hamidun dan Joy Revfa menjadi bualan. 

Semalam pasangan ini telah memfailkan permohonan bubar nikah di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari atas alasan pernikahan mereka diragui suami.

Ada dakwaan mengatakan pernikahan mereka tidak sah kerana Joy masih berstatus isteri orang sewaktu bernikah dengan Hafiz Hamidun. Dakwaan ini dikuatkan lagi apabila surat cerai Joy tersebar lapor ROTIKAYA.

Cerai selepas 2 bulan nikah dengan Hafiz

Cerai 2 Bulan Kemudian, Ini Bukti Joy Revfa Masih Isteri Orang Ketika Nikah

Berdasarkan dokumen mahkamah yang dilihat, ada dakwaan mengatakan status Joy Revfa sebagai isteri orang masih lagi sah ketika berkahwin dengan Hafiz Hamidun pada 1 Mei lalu. Dokumen itu turut mengesahkan bahawa perceraian antara Joy dan suami terdahulu, Mohd Rayos Abdul Rahim dengan talak satu hanya berlaku pada 13 Julai 2017.

Joy dikatakan telah hadir sendiri ke Pejabat Agama Islam Daerah Petaling pada 8 Ogos lalu dan mengemukakan Surat Akuan Cerai Taklik dari Majlis Agama Islam Wilayah Songkhla, Thailand. Malah ada dakwaan mengatakan Joy hanya membuat aduan taklik kepada Pejabat Agama Islam Wilayah Songkhla penghujung Mei iaitu hampir sebulan selepas bernikah dengan Hafiz Hamidun.

Pejabat Agama Wilayah Songkhla kemudian mengeluarkan satu surat mengenai aduan taklik Siti Arifah terhadap Mohd Rayos bertarikh 1 Jun 2017 bagi mengadakan sesi pertemuan sebulan kemudian iaitu pada 6 Julai 2017.

Oleh kerana meragui status pernikahan mereka Hafiz Hamidun dikatakan bertindak tinggal berasingan bagi mengelak sebarang kesulitan.


Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . BLUE.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

Posting Komentar

 
Top