Update Terbaru BLUE.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.

Era FM Tak Putar Lagu Barunya, Siti Nurhaliza Terpaksa Minta Lagu Sendiri



Penyanyi tersohor Malaysia, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin telah tampil membuat permintaan lagu barunya berjudul “Segala Perasaan” agar dimainkan di stesen radio Era FM.

Siti Nurhasliza terpaksa berbuat demikian demi peminatnya dan sememangnya stesyen radio itu tidak memutarkan lagunya itu.

Siti telah menghantar pesanan di Twitter kepada stesen radio tersebut selepas peminat berusaha memintanya sejak Mei lalu.

Ini tweetnya:

“Salam hormat kepada seluruh warga kerja Era. Saya nak buat permintaan lagu Segala Perasaan. Budi baik kalian, saya & Sitizoners hargai.”

Namun begitu, Siti mahu mana-mana pihak tidak tersalah anggap dengan inisiatif itu selepas tiada maklum balas diterima dari stesen radio berkenaan, lapor Harian Metro.

Ini komen Siti:

“Disebabkan itu saya mengambil inisiatif untuk membuat permintaan sendiri,”

“Alhamdulillah, saya sudah dengar radio itu memainkan lagu Segala Perasaan dan begitu juga stesen radio lain yang sudah lama memainkan lagu itu.”


Tweet dari Siti Nurhaliza itu menajdi viral sejak Khamis lalu sehinggakan stesen radio Era FM juga membalas komen Siti dengan meminta peminat beliau terus membuat permintaan lagu tersebut.

Siti menjelaskan penyanyi dan stesen radio saling memerlukan.

Sumber: MalayMailOnline Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . BLUE.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

Posting Komentar

 
Top