Update Terbaru BLUE.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.
“Awak lebih penting dari isteri saya- Pelajar Malaysia di luar negara digoda suami orang
Perkara ini bukan pertama kali berlaku, banyak kali berlaku cuma tidak dihebohkan kepada orang ramai kerana ingin menutup aib. Banyak lagi kes lain yang same dengan ini yang telah terjadi. Sebagai contoh, pernah ada seorang lelaki bekerja di US juga, selalu ikut and intai seorang pelajar perempuan di universiti walaupun lelaki tersebut telah berkahwin.
PADA Hari Raya Aidilfitri pertama tahun 2017 hari Ahad, lima orang pelajar biasiswa luar negara dapat jemputan dari seorang yang digelar “Uncle S” untuk makan di rumahnya. Uncle S bekerja di Intel dan menetap di United States. Semasa majlis, Uncle S menceritakan betapa sayangnya dia terhadap isteri dan anak-anak dia. Dia menceritakan bagaimana dia berjumpa dengan isteri dia dan bagaimana dia layan anak-anak dia.
Tidak lama kemudian, keesokkan harinya (raya kedua, Isnin), Uncle S mula berbalas SMS dan akhirnya membuat panggilan pada salah seorang pelajar biasiswa yang hadir di majlis yang diadakan di rumahnya pada hari pertama. Nama gelaran pelajar tersebut ialah “Mira”.
Uncle S menghubungi Mira untuk masak di rumah Mira, tetapi dengan syarat tidak boleh beritahu sesiapa (pelajar lain, uncle-uncle dan aunty lain ataupun letak di laman sosial seperti Instagram dan Facebook). Pada waktu yang sama Uncle S tanya apa barang masakan yang masih tiada seperti bawang dan halia.
Perkara ini menjadi kontroversi apabila Uncle S menghantar satu barang sehari, sebagai contoh, harini dia menghantar bawang dan keesokkan harinya dia menghantar halia. Dia menghantar bahan masakan pada waktu malam hampir setiap hari di depan apartment Mira tersebut. Dia hanya berjumpa dengan Mira pada waktu malam. Tambahan pula, dia tidak benarkan Mira memberitahu isterinya (Nurul) pasal perkara ini.
Uncle S masak di rumah Mira pada pukul 7 pagi sebelum dia pergi ke kerja. Tetapi dapat tahu bahawa dia juga memberi Mira camera baru DSLR masih dalam kotak dan belum buka. Uncle S dan Mira hari-hari berbalas SMS dan “on the phone” bercerita tentang masing masing.
Pada suatu hari, Mira dapat message “confession” dari Uncle S yang menyatakan bahawa Mira lebih penting dari isterinya (Nurul) dan anak-anaknya sendiri. Berikut adalah bukti pengakuannya:
Sudah jelas terang dan nyata bahawa Uncle S tersebut mempunyai perasaan terhadap Mira.
Keesokkan harinya, Mira memberitahu seorang kawan rapat dia yang digelar sebagai Peter pasal perkara ini. Kawannya, Peter, memberitahu bahawa Mira harus membuat pilihan dan fikir tentang perkara ini. Mira tetap tidak percaya bahawa Uncle S confess terhadapnya. Peter memberitahu Mira bahawa dia ada dua pilihan iaitu:
1. Dapat semua duit dan janji janji manis yang telah dijanjikan oleh Uncle S tersebut iaitu duit untuk ambil peperiksaan GRE (Untuk sambung belajar ke tahap PhD), betulkan resume, cara untuk cari kerja di United States dan kerja di tempat kerjanya iaitu di Company Intel, atau;
2. Tolak semua tawaran dan janji-janji manis uncle tersebut untuk menyelamatkan rumah tangga beliau.
Mira lalu tidak berpuas hati dengan cadangan Peter dan balas “Senang-senang je kau nak suruh aku tolak semua kan?” kata Mira. Lalu Mira pun terus dengan kehendak dan keinginan dia untuk kerja di United States dan menetap di United States tanpa kira apa yang boleh berlaku pada rumah tangga Uncle S.
Lalu Mira mengambil langkah untuk keluar rumah selepas syak kawan serumahnya tahu pasal hubungan dia dengan Uncle S.
Selepas keluar dari rumah, Uncle S ugut rakan serumah Mira untuk membuat laporan polis jikalau dia tidak dapat berjumpa dengan Mira dalam masa 6 jam. Dia sangat-sangat marah pada kawan serumah Mira kerana perkara ini. Tetapi, tidak lama kemudian, selepas Uncle S dapat tahu dan contact Mira, dia terus senyap tanpa berhubungan sama rakan serumah Mira.
Kemudian, Uncle S mahu membuat report polis pasal Peter kerana menghina Mira dalam group Whatsapp dan mengadu pada pihak berkuasa di Universiti agar mengambil tindakan terhadap Peter. Peter takut lalu sebarkan semua pasal hubungan mereka ini kepada uncle lain kerana rasa takut atas ugutan Uncle S.
Uncle lain cuba cari jalan untuk menyelesaikan masalah ini dengan memberitahu kawan sekerja Uncle S, lalu kawan sekerja Uncle S tersebut bercakap dengannya selepas kerja di restoran.
Pada mulanya Uncle S cuba menipu kawan sekerjanya pasal hubungan dia dengan Mira. Tetapi selepas rakan kerjannya itu tunjuk pada Uncle S pasal screenshot confession uncle tersebut, Uncle S terus mengalirkan air mata dan minta maaf serta merayu untuk tidak memberitahu kepada isterinya tentang perkara tersebut. Dia mengatakan bahawa camera DSLR tersebut adalah hanya dipinjamkan kepada Mira dan dia juga berkata bahawa Mira yang memulakan hubungan dengannya.
Selepas itu, Uncle S malu dengan semua pelajar biasiswa yang belajar di institusi yang sama, tetapi dia masih lagi berhubung dengan Mira sehingga sekarang. Baru-baru ini, isteri beliau dapat tahu bahawa dia memberi $1,000 kepada Mira dengan alasan untuk membayar sewa rumah Mira kerana sekarang Mira hidup berseorangan. Isteri Uncle S adalah seorang accountant dan tahu pasal ke mana pergi semua duit Uncle S.
Sekarang, Mira rasa dia tidak bersalah walaupun keluar rumah dan biarkan rumah tidak berkunci semasa keluar. Mira juga masih ingin tawaran yang ditawarkan oleh Uncle S tersebut dan sampai sekarang, dia masih berhubungan dengan Uncle S tersebut walaupun rakan sekerja Uncle S sudah marah dan memberi amaran kepada Mira.
Cerita tentang Mira ini hanya salah satu “version” dari cerita-cerita yang tidak terbuka di luar sana. Saya percaya banyak lagi cerita yang tidak dapat orang berada di luar negara ceritakan. Sama-samalah kita mengambil pengajaran dari kisah ini.
Kepada pelajar-pelajar atau ibubapa pelajar yang berada di luar negara, berhati-hatilah ketika berhubungan dengan orang yang berlainan jantina kerana luar negara tiada Jakim untuk halang perkara ini berlaku (kecuali di timur tengah). Harap-harap cerita ini jangan dijadikan bahan untuk mengata orang, tetapi sama-samalah kita ambil cerita ini sebagai pengajaran.
Sama-samalah kita jaga hubungan rumah tangga orang lain dan janganlah kita cuba untuk merosakkan hubungan keluarga orang. Sesungguhnya orang yang tidak akan mencium bau syurga adalah orang yang memutuskan hubungan silaturahim. Dan Sekarang juga isteri Uncle S sedang fikir untuk pulang ke tanah air (Malaysia) bersama dengan anak-anaknya kerana tidak tahan dengan suaminya.
Sumber: Pelajar di USA
Sumber
“Awak lebih penting dari isteri saya- Pelajar Malaysia di luar negara digoda suami orang
Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . BLUE.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/
Posting Komentar