Update Terbaru BLUE.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.

BALI – INDONESIA. Pelancong di pulau percutian terkenal Bali mungkin tidak mengetahui dan menyedari mereka telah memakan daging anjing, dakwa aktivis haiwan, lapor Reuters.

Pelancong di Bali dah termakan daging anjing? Jijiknya!

Pelancong di Bali dah termakan daging anjing? Jijiknya!

Menurut sebuah NGO yang melakukan penyelidikan sebulan ke atas amalan penangkapan anjing, rumah penyembelihan dan penjual makanan jalanan, Animals Australia (AA), sehingga 100,000 anjing disembelih untuk kegunaan setiap tahun di Bali menggunakan kaedah yang tidak berperikemanusiaan dan tidak bersih.

“Perdagangan daging anjing di Bali melanggar undang-undang keselamatan makanan tempatan dan undang-undang kekejaman haiwan,” kata Lyn White AA dalam satu kenyataan bersama-sama rakaman video anjing yang ditangkap dan dianiaya.

 
 

Reuters bagaimanapun tidak dapat mengesahkan kesahihan rakaman itu, yang juga menunjukkan peniaga menjual daging bertanda “RW” yang bermaksud “daging anjing” dalam Bahasa Indonesia.

Laporan itu juga mendakwa, pelancong tidak sedar mereka memakan daging anjing.

“Mereka (warga Australia) tidak akan datang jika mereka terus mendengar cerita orang makan anjing,” kata seorang pelancong Australia, Colin Carr.

Sementara itu, Gabenor Bali, Made Mangku Pastika menafikan tuduhan bahawa anjing-anjing itu dianiaya dan daging mereka dijual di gerai jalanan.

“Laporan berita di media sosial adalah salah, saya telah menyiasat dakwaan tersebut,” katanya kepada Reuters.

“Laporan itu menyebut bahawa anjing di Bali dibunuh secara kejam dan dijual sebagai ‘sate’, ini tidak benar,” katanya, merujuk kepada hidangan daging yang terkenal.

Daging anjing popular di beberapa bahagian Indonesia dan di negara-negara Asia lain seperti China dan Vietnam.

Linda Buller, pengasas Pusat Pengambilan dan Pemulihan Anjing Bali, telah bekerja selama bertahun-tahun menentang perdagangan anjing haram di Bali.

“Kami telah mendengar kerajaan mengadakan sidang kemuncak mengenai pengambilan daging anjing pada minggu kedua bulan Julai dan ini adalah perkara yang positif untuk dilakukan,” kata Buller dalam temu bual dengan Reuters.

Buller berkata, orang Bali yang terdiri dari penduduk majoriti Hindu tidak mempunyai tradisi makan anjing kerana agama mereka, dan amalan itu dibawa oleh orang-orang yang berpindah ke sini iaitu penduduk dari bahagian lain di Indonesia.

Perdagangan daging anjing meningkat kerana orang ramai mula mencuri anjing untuk menjual kepada penjual daging anjing untuk pendapatan tambahan, katanya.

Kumpulan hak asasi haiwan dijangka mengadakan perbincangan dengan kerajaan Bali akhir bulan ini dan mendesak mereka untuk mengakhiri perdagangan haiwan itu.

Sumber: Sinar



Sumber Pelancong di Bali dah termakan daging anjing? Jijiknya! Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . BLUE.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

Posting Komentar

 
Top