Nabila Huda Luah Rasa Kecewa, Tertekan Dengan Pelakon Baru
Anak kepada Amy Search, Nabila Huda sememangnya mempunyai bakat lakonan yang amat mantap dan hebat.
Nabila Huda yang lebih mesra disapa Abil telah memberi pendapatnya terhadap lambakkan pelakon-pelakon baru yang kini muncul bagaikan cendawan.
Nabila berkata pelakon baru ini kebanyakkannya mengejar populariti dan tidak ada kualiti lakonan yang bagus dan itu membuatkan kebanyakkan mereka gagal untuk bertahan lama dalam industri.
Malah Nabila mempertikaikan bayaran yang mahal dibayar namun tidak setimpal dengan kualiti lakonan yang diberikan.
Ini komen Nabila Huda:
"Sekarang ramai pelakon baru yang hanya kejar populariti dan letak harga yang tidak sama dengan kualiti lakonan mereka.
"Kadang-kadang ada juga saya tertonton drama Melayu kerana anak saya peminat drama Melayu, namun saya jadi tertekan melihat lakonan mereka,"
"Dulu masa saya mula dalam bidang ini drama pertama Blok 404 saya terima bayaran RM600 sahaja, itu sudah termasuk promosi seluruh negara. Tapi lama kelamaan harga itu akan meningkat mengikut kualiti kerja kita.
"Bayaran adalah soal kedua. Insya-Allah akan meningkat mengikut tahap kualiti kita,"
Namun Nabila bersyukur, sehingga kini dia sering diberi kepercayaan dan digandingkan dengan pelakon yang berbakat.
Ini komennya:
"Saya terbuka sahaja jika berlakon dengan pelakon-pelakon baru tapi mereka terbuka ke untuk bergandingan dengan saya?.
"Alhamdulillah, setakat ini semua yang digandingkan dengan saya adalah yang berbakat dan berpengalaman,"
Nabila Huda kini tampil dengan drama bersuru 100 episod berjudul Dendam Aurora mula bersiaran pada Isnin hingga Jumaat bermula 25 Julai, pada pukul 6 petang di Astro Prima dan Maya HD.
Sumber: mStar Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . BLUE.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/
Posting Komentar