Update Terbaru BLUE.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.

Image may contain: text

3 hari lepas beberapa teman saya kirimkan poster ujibakat untuk drama bersiri. Demi mencuba nasib yang masih “struggle” saya gagahkan pergi ke satu ujibakat produksi ini di tengah Kuala Lumpur. Ujibakat itu bermula pada jam 10 pagi-6 petang.

Sejurus saya sampai di pejabat produksi itu. Saya menyapa kakak yang menunggu kehadiran orang untuk sesi ujibakat. “Salam kak, dimana untuk dapatkan borang ya?” Balas kakak tu, sambil matanya mencari arah krew yang berhampiran disitu “Sekejap ya, Man borang tu ada lagi tak?”. Lantas krew itu menghampiri aku dan berkata “abang tunggu diluar, nanti saya panggil.” Saya pun bersangka mungkin borang habis atau mereka sedang sibuk untuk menguruskan ujibakat itu.

Saya pun tunggu diluar dan duduk di dalam barisan menunggu giliran itu. 10 minit kemudian Pengurus Produksi datang menyapa aku dan menarik aku di dalam barisan menunggu itu. “Bro, ikut saya jap.” Saya pun tiada fikir panjang lalu ikut PM itu turun ke bawah tangga.

Sampai sahaja dibawah, PM itu keluarkan borang dan suruh saya isikan borang itu. “Awak isi borang ni dan awak boleh balik”. Saya menjadi hairan lalu saya menjawab “eh kenapa pulak bang?”. “Kami mencari ‘berperwatakan menarik’.” Saya pun terus bertanyakan soalan lagi untuk mendapat kepastian kenapa saya diminta balik dan pergi dari situ. “Kenapa pulak bang? Saya belum casting lagi depan director abang suruh saya balik ni?”. Brader PM itu menjawab “kami mencari ‘berperwatakan menarik’ untuk drama ini. Saya pun menegaskan penekanan nada saya “tapi kenapa pulak bang, saya ni datang pagi-pagi untuk datang casting ni, bagilah saya cuba dulu. Dapat tak dapat belakang kira. Sekurang-kurangnya bagi saya peluang untuk cuba”. Lalu brader PM itu menegaskan jugak. “Awak faham tak yang kami perlukan ‘berperwatakan menarik’. Saya malas cakap lebih-lebih takut nanti awak terasa apa yang saya maksudkan ‘berperwatakan menarik’.

Tanpa membuang masa, saya terus mengisi borang itu diatas tuntutan brader PM itu lalu saya beredar dan ucapkan pada brader PM “terima kaseh banyak bang, oh begini eh ‘tuntutan industri’.

‘Perwatakan menarik’ itu luas dan subjektif sama juga dengan arti ‘cantik’. Kita yang tetapkan ‘cantik’ itu yang bagaimana. Kita buat dia, bukan dia buat kita. Kita yang sistemkan, bukan kita di-sistemkan. Renungkanlah.

Post ini saya bukanlah minta simpati dari kalian, cuma saya terkilan dengan sikap orang kita yang berperangai sebegini. Jadi saya luahkanlah rasa saya di ruang ini.

 

Sumber: Han Zalini



Sumber Belum sempat uji bakat dah disuruh balik: “Awak isi borang ni dan awak boleh balik” Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . BLUE.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

Posting Komentar

 
Top