Update Terbaru BLUE.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.

PEMILIK gerai Bihun Sup Berapi di Kepala Batas, Pulau Pinang, mendakwa dia tidak berniat menganiaya pelanggan seperti yang tular di media sosial, sebaliknya ia adalah harga sebenar bihun sup.

Pemilik itu yang mahu dikenali sebagai Zam, 40-an, berkata bihun sup dijualnya menggunakan mangkuk besar dan harga semangkuk antara RM5 hingga RM30 bergantung pada saiz tulang dan daging.

Baca artikel sebelum: Bihun sup berapi cekik darah RM13.50 semangkuk!

Katanya, setiap mangkuk sup mengandungi campuran lobak masin, daging, daun sup, lemon, bawang goreng dan hirisan tomato serta diadun menggunakan resipi turun-temurun tanpa ajinomoto.

“Aduan pelanggan dalam media sosial tidak jujur kerana minuman teh o ais dipesan ialah lima gelas dan bukan dua gelas.

“Jadi dua mangkuk besar bihun sup dan lima gelas minuman adalah RM31. Tidak timbul soal kami menganiaya pelanggan,” katanya.

Semalam, seorang pelanggan merungut di media sosial mendakwa harga semangkuk bihun sup RM13.50.

Dia mendakwa membayar RM31 untuk dua mangkuk bihun sup serta dua gelas teh O ais dan menyifatkan pengusaha gerai itu cekik darah.

 

Sumber: Harian Metro



Sumber “Memang itu harga dia…” – Pemilik ‘Bihun Sup Berapi’ tampil dedah perkara sebenar Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . BLUE.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

Posting Komentar

 
Top