KUALA LUMPUR, 5 Jun — Penerbit Datuk Ziela Jalil menafikan laporan yang mendakwanya membeli tudung eksklusif sehingga mencecah ribuan ringgit
Menulis melalui akaun Instagram miliknya, Ziela mengakui memiliki tudung Bawal Eksklusif namun koleksi yang berharga RM30 atau RM40 sahaja.
“Pada satu ketika hampir setiap hari ke Bawal Exclusive pasal pergi sana seperti terapi sebab saya suka tengok benda cantik dan pemilik tudung itu sangat baik, bukan setiap hari pergi dan beli.
“Pemilik Bawal (Exclusive) selalu menaja saya dengan tudung-tudung dia yang berharga beribu, bukan saya beli.
“Saya kata saya ada semua warna yang plain berharga RM30 atau RM40 sahaja, bukan beribu!” coretnya semalam.
Semalam Kosmo! melaporkan Ziela sanggup berbelanja antara RM1,000 sehingga RM5,000 untuk membeli sehelai tudung jenama Bawal Exclusive yang diminatinya sejak 2015.
“Sekarang saya masih meminati tudung Bawal Exclusive tetapi tidak lagi membelinya setiap hari seperti tahun 2015.
“Tudung Bawal Exclusive yang saya beli ada antaranya mencecah harga RM5,000,” katanya, yang tertarik pada kualiti, reka bentuk dan taburan batu kristal Swarovski.
Sumber Ziela Jalil beli tudung RM30, bukan harga beribu Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . BLUE.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/
Posting Komentar