Update Terbaru BLUE.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.

Awal bulan lalu, Perdana Menteri mengumumkan pengecualian dasar kabotaj kepada Sabah, Sarawak dan Labuan berkuatkuasa 1 Jun. — Foto ReutersAwal bulan lalu, Perdana Menteri mengumumkan pengecualian dasar kabotaj kepada Sabah, Sarawak dan Labuan berkuatkuasa 1 Jun. — Foto Reuters

KUALA LUMPUR, 5 Jun — Keselamatan negara mungkin terjejas apabila kerajaan memansuhkan dasar kabotaj, kata Persatuan Pemilik-pemilik Kapal Sarawak dan Sabah (SSSA).

Jika polisi yang diamalkan sejak dulu itu dihapuskan, kapal asing dan anak kapal boleh berada di perairan negara selama mana mereka mahu, lapor Borneo Post.

Setiausaha Agung SSSA berkata setiap kapal luar akan menjadi “negara asing kecil di Sarawak dan Sabah,” dengan Malaysia tiada kuasa terhadap anak kapal mereka tanpa dasar kabotaj.

“Semasa mereka berada di atas kapal mereka, mereka berada di bawah kedaulatan undang-undang negara mereka sendiri,” Renco Young dilaporkan berkata.

“Mereka mungkin berlabuh di perairan negara untuk melakukan sesuatu seperti bekerja atau mengintip.

“Mereka hanya kembali ke kapal mereka pada waktu malam. Adakah ini yang yang kerajaan mahu?” katanya lagi.

Awal bulan lalu, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan pengecualian dasar kabotaj kepada Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan berkuatkuasa 1 Jun.

Perdana menteri berkata dengan pengecualian itu, Sabah, Sarawak dan Labuan tidak lagi terikat dengan dasar yang dikenakan ke atas semua aktiviti perkhidmatan perkapalan kargo di kawasan berkenaan.

Baca seterusnya di Malay Mail Online.



Sumber Mansuh kabotaj gugat keselamatan, kata pemilik kapal Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . BLUE.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

Posting Komentar

 
Top