Update Terbaru BLUE.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.

PENYANYI kumpulan Big Bang, T.O.P. ditemui tidak sedarkan diri pada pagi Selasa dan dikejarkan ke hospital.

Soompi melaporkan T.O.P yang ditempatkan di wad kecemasan dipindahkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) dan sehingga kini masih tidak sedarkan diri.

Sumber memberitahu T.O.P. tidak sedarkan diri selepas dikatakan mengambil dadah secara berlebihan namun pihak hospital masih menantikan keputusan ujian yang dilakukan terhadap penyanyi itu.

Penyanyi itu dipercayai mengambil dadah kerana tertekan selepas terlibat dalam skandal penyalahgunaan dadah sehingga menjejaskan reputasinya sebagai selebriti berpengaruh.

Ketika ini, semua ahli keluarga T.O.P. berada di hospital menantikan perkembangan terbaharunya.

Terdahulu T.O.P. yang sedang mengikuti program latihan ketenteraan telah disingkirkan berkuakuasa serta-merta setelah empat bulan ditugaskan di Pejabat Polis Gangnam Seoul, Korea.

Dalam satu laporan, pihak polis mengesahkan bahawa penyingkiran T.O.P. dari program ketenteraan itu adalah berdasarkan akta yang pernah ditetapkan berhubung kesalahan melibatkan dadah.
Sumber: MStar



Sumber T.O.P tidak sedarkan diri, overdose dadah Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . BLUE.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

Posting Komentar

 
Top