Update Terbaru BLUE.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.

BAPA penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Zulfarhan Osman Zulkarnain, 21, yang meninggal dunia dipercayai akibat didera rakan dengan seterika wap, Khamis lalu, membuat laporan polis hari ini.

Perkara itu disahkan Ketua Polis Johor, Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd.

Katanya, laporan polis itu dibuat oleh Zulkarnain Idrus di Balai Polis Nusa Bestari dekat Iskandar Puteri, Johor Bahru, pada 10.25 pagi.

“Bapa arwah Zulfarhan Osman membuat laporan polis di Balai Polis Nusa Bestari, Iskandar Puteri pagi tadi.

“Laporan itu dibuat kerana tidak puas hati dengan kematian anaknya,” katanya.

Zulkarnain bagaimanapun enggan memberikan sebarang komen, namun sebelum ini memaklumkan keluarganya sudah melantik peguam bagi membela kematian Pegawai Kadet Laut UPNM itu.

Zulfarhan Osman disahkan meninggal dunia di Hospital Serdang pada 10 malam Khamis lalu, dipercayai didera rakan dengan seterika wap, selain terdapat kesan melecur di dada, tangan dan kakinya, selepas dituduh mencuri komputer riba milik seorang penuntut.

Polis yang mengklasifikasikan kes sebagai kes bunuh menahan 36 penuntut berusia antara 20 dan 21 tahun bagi membantu siasatan kejadian berkenaan.

 

Sumber: Harian Metro



Sumber Giliran bapa Zulfarhan buat laporan polis Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . BLUE.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

Posting Komentar

 
Top