Update Terbaru BLUE.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.

Penyanyi dan pelakon Ifa Raziah mengakui suaminya, Mohd Yani Abdul Rahman sangat bimbang ketika dia rebah di set penggambaran, semalam.

"Suami takut saya mati" - Ifa Raziah pengsan di set penggambaran untuk prank suami

“Suami takut saya mati” – Ifa Raziah pengsan di set penggambaran untuk prank suami

 
Bagaimanapun menurut Ifa kejadian tersebut sengaja diadakan sebagai kejutan hari lahir kepada suaminya.
 
“Sebenarnya saya sudah berpakat dengan rakan-rakan di set untuk ‘prank’ suami sebelum memberikan kejutan di hari ulangtahun kelahirannya.
 
“Suami beritahu saya, dia sangat risaukan keadaan saya ketika itu dan bimbang sekiranya saya mati.
 
“Tambahan lagi dia percaya saya pengsan betul ketika itu kerana dia tahu saya memang tak berapa sihat kebelakangan ini,” katanya.
 
Bercakap mengenai kesihatannya, Ifa memberitahu doktor ada menasihatinya supaya berehat.
 
“Badan saya letih kerana terlalu lebih bekerja. Ini pun saya dalam perjalanan ke Pulau Pinang memenuhi undangan Karnival Mega Raya Sale Hijabey 2017 di Spice Convention Centre.
 
“Selepas selesai kerja saya di Pulau Pinang, baru saya akan bertemu doktor untuk mendapatkan rawatan,” katanya yang sedang dalam perjalanan ketika dihubungi Astro Gempak awal pagi tadi.
 
Terdahulu, Presiden Persatuan Bintang Dangdut Malaysia ini telah memuatnaik video dirinya jatuh pengsan ketika sedang menjalani penggambaran muzik video Dangdut Lebaran di Instagram.
 
Rakaman tersebut diadakan di kediaman pengasas Jamu Mak Dara selepas majlis berbuka puasa pada Sabtu.

Sumber: Astro Gempak



Sumber “Suami takut saya mati” – Ifa Raziah pengsan di set penggambaran untuk prank suami Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . BLUE.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

Posting Komentar

 
Top