POLIS menahan empat lelaki antara jam 3 hingga 7 petang semalam di rumah masing-masing di Chetok, Pasir Mas, selepas mereka dipercayai terbabit dalam kes rogol secara berkumpulan.
Pemangku Ketua Polis Kelantan Senior Asisten Komisioner Din Ahmad berkata, pihaknya memburu dua lagi lelaki yang masih bebas.
Semua suspek berusia antara 20 hingga 32 tahun.
Katanya, mereka ditahan susulan laporan seorang remaja perempuan berusia 17 tahun yang dirogol oleh enam lelaki termasuk teman lelakinya antara jam 11.45 malam hingga 4 pagi semalam.
“Kejadian (rogol) berlaku di sebuah pondok di Tok Uban selepas mangsa dibawa oleh teman lelakinya yang berusia 21 tahun.
“Mangsa dirogol secara bergilir-gilir sebelum dihantar pulang ke rumah pada 4 pagi semalam. Mangsa tampil membuat laporan polis bersama ibunya,” katanya di Kota Bharu, hari ini.
Pada perkembangan lain, beliau berkata, polis memburu enam lelaki iaitu tiga terbabit dalam kes samun sebuah Toyota Hilux di Tunjong, Kota Bharu dan tiga lagi dalam kes samun di Kubang Sawa, Tumpat.
Katanya, dalam kes samun di Tunjong, tiga lelaki berusia 30-an termasuk seorang daripadanya menyamar sebagai pelanggan mahu memandu uji Toyota Hilux berharga RM120,000.
“Suspek membawa mangsa yang juga jurujual sebelum mengambil dua lagi rakannya di sebuah lokasi. Mereka meninggalkan mangsa di tepi jalan kira-kira 12 kilometer dari kedai menjual kenderaan.
“Manakala, dalam kes samun di Tumpat, tiga lelaki mengekori mangsa yang berusia 63 tahun hingga ke rumah sebelum suspek mengacukan sebilah parang ke arah mangsa dan menyamun kereta jenis Mercedes dan wang tunai RM86,000,” katanya.
Sumber: Metro
Sumber Onar di bulan Ramadan: Gadis 17 tahun dirogol bergilir-gilir 6 lelaki termasuk teman lelakinya di pondok di Tok Uban Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . BLUE.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/
Posting Komentar