“Sepatutnya jumlah anak saya ada 44 orang. Tetapi 6 telah meninggal dunia dan yang tinggal bersama saya hanya 38 orang,” katanya.
Mariam melahirkan enam pasang anam kembar dua, empat pasang anak kembar tiga, tiga pasang anak kembar empat dan seorang anak. Anak yang paling berusia 23 tahun dan yang paling muda berusia 4 bulan.
Mariam berkahwin pada usia 13 tahun dengan suaminya berusia 40 tahun. Pada awalnya, Mariam hanya mahu enam orang anak sahaja, tetapi disebabkan dia menghidap masalah kesihatan yang jarang berlaku (hyper ovulation), setiap kali dia mengandung, sama ada melahirkan anak kembar dua, kembar tiga dan kembar empat atau lebih lagi.
Katanya, itu bukan perkara pelik kerana dia pernah melihat perkara itu berlaku.
“Ayah saya juga mempunyai 45 orang anak bersama beberapa isterinya yang melahirkan anak kembar dua, kembar tiga, kembar empat dan kembar lima,” katanya.
Doktor Charles Kiggundu, Pakar Sakit Puan di Hospital Mulago berkata, tidak mustahil Mariam telah mewarisi genetik bapanya.
Sumber ‘Saya besarkan 38 orang anak ini seorang diri tanpa suami’ Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . BLUE.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/
Posting Komentar