Update Terbaru BLUE.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga melancarkan kempen mencegah kecelaruan gender membabitkan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT), transvestite dan pengkid bermula Khamis lalu.

Kementerian Kesihatan anjur kempen cegah LGBT

Kementerian Kesihatan anjur kempen cegah LGBT

Menerusi Pertandingan Video Kreatif Kesihatan Seksual & Reproduktif Remaja Peringkat Kebangsaan 2017 bertemakan ‘Hargai Diri, Amalkan Gaya Hidup Sihat’, lima kecelaruan gender itu adalah antara tiga skop utama yang dipertandingkan bermula 1 Jun 2017 hingga 31 Ogos nanti.

Garis panduan pertandingan itu menyatakan setiap video mesti mempunyai unsur-unsur yang menunjukkan akibat buruk apabila menjadi LGBT, bagaimana untuk mencegah dan mengawalnya.

 

Dalam syarat yang ditetapkan, isi kandungan video sama ada individu atau berkumpulan hendaklah mengandungi kriteria dan aspek isu dan akibat meliputi aspek pencegahan, pengawalan dan cara mendapatkan bantuan bagi penyelesaian masalah melalui penyampaian video dalam bentuk paling kreatif dan positif.

Selain itu, skop pertandingan juga membabitkan buli siber, eksploitasi seksual, peras ugut seks, bahaya pornografi, dan penggunaan media sosial dan keselamatan ICT berkaitan kesihatan seksual dan reproduktif.

Manakala, satu lagi skop pertandingan adalah kepentingan tidak melakukan seks sebelum kahwin (Value of abstinence) meliputi aspek kesan seks bebas dan penyakit kelamin (STI/HIV/AIDS) serta menangani gangguan seksual dan kes rogol dalam perhubungan yang selamat.

Karya yang dihasilkan adalah manifestasi kreativiti peserta, mengandungi nilai-nilai murni dan tidak boleh mengandungi unsur-unsur yang menyentuh sensitiviti perkauman, kebudayaan, keagamaan, politik dan pemimpin.

Pertandingan adalah terbuka kepada warganegara Malaysia, secara percuma, yang berusia 13 hingga 24 tahun mengikut tiga kategori iaitu berusia 13 hingga 15 tahun; 16 tahun hingga 18 tahun; dan 19 tahun hingga 24 tahun.

Setiap peserta boleh menghantar lebih daripada satu penyertaan, tetapi hanya satu penyertaan sahaja yang layak untuk memenangi hadiah wang tunai antara RM1,000 hingga RM4,000.

Sumber: MYNEWSHUB.CC

 



Sumber Kementerian Kesihatan anjur kempen cegah LGBT Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . BLUE.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

Posting Komentar

 
Top