Update Terbaru BLUE.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.

SEKALI imbas memang agak menggelikan hati kerana disangkakan lalat, tetapi selepas diamati betul-betul, rupanya memang bukan lalat tetapi lebah!

Itulah keunikan sebuah gerai yang menjual air teh bunga dipercayai di bazar Ramadan Stadium Darul Aman, Alor Setar, Kedah yang videonya kini tular menerusi media sosial.

Klip video berdurasi 56 saat itu hanya memaparkan suasana biasa sebuah gerai jualan air teh bunga di sebuah bazar Ramadan.

Namun apa yang menarik, gerai berkenaan dikerumuni jutaan lebah yang mungkin tertarik dengan aroma bunga teh berkenaan atau kemanisan teh itu sendiri.

Yang pastinya, walau dipenuhi lebah, gerai berkenaan tetap menerima ramai pelanggan yang dilihat beratur menunggu giliran untuk mendapatkan minuman itu.

Meskipun lebah diketahui sebagai serangga yang mampu menyengat, namun peniaga dan pelanggan di gerai berkenaan seolah-olah tidak kisah dengan kehadiran ribuan serangga itu.

Peniaga tetap gigih memenuhi permintaan pelanggan dan pelanggan setia beratur panjang untuk mendapatkan minuman itu.

Pastinya teh bunga di gerai berkenaan istimewa kerana mampu menarik minat bukan sahaja pelanggan malah, ribuan ekor lebah!

 

Sumber: MYNEWSHUB.CC

 



Sumber Ribuan lebah hurung kedai peniaga teh bunga ni, tapi tetap pelanggan beratur panjang nak beli Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . BLUE.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

Posting Komentar

 
Top