Penyanyi Adira pasrah andai penampilannya selepas bersalin kurang disenangi suami, Datuk Seri Adnan Abu.
Adira, 25, berkata walaupun berat badannya sudah menyusut 25kg namun untuk kembali ke bentuk asal sesuatu yang mustahil.
“Harapan tinggal harapan kalau nak ke 42kg semula seperti dulu.
“Bila melahirkan anak, saiz badan semakin membesar dan tidak akan kembali seperti dahulu.
“Saya terima saja berapa berat yang saya mampu dapatkan,” katanya kepada ProjekMMO.
Ditanya kemungkinan Adnan berubah hati ekoran penampilannya kini, Adira berkata: “Itu susah mahu cakap. Itu semua kerja Tuhan.”
Adira melahirkan anak pertama pada 10 Mac lalu yang juga anak keenam Adnan yang diberi nama Anggerik.
Melahirkan melalui kaedah pembedahan, Adira berkata berat badannya kini sekitar 49kg walaupun pernah mencecah 74kg semasa kehamilan.
Ditanya perasaan Adnan atau mesra disapa Datuk Red selepas kelahiran Anggerik, Adira berkata ahli perniagaan itu sememangnya menyayangi kesemua anaknya.
“Saya pun tidak tahu perasaan dia kerana ini bukan pertama. Ini anak keenamnya. Dia macam biasa saja.
“Datuk Red ini sangat sayangkan anak-anaknya. Dia tidak beza-bezakan. Walaupun yang kecil baru dilahirkan, kasih sayang beliau tetap sama.
“Tiada yang berbeza dengan yang di sana dan di sini. Secara jujur kami tiada masalah. Kami baik-baik saja,” katanya yang tidak menolak andai dikurniakan cahaya mata kedua dalam masa terdekat.
Adira turut ditanya sama ada Adnan akan membuka syarikat rakaman sendiri untuk melebarkan kerjaya nyanyiannya.
Katanya, Adnan kini sangat sibuk dengan perniagaan semasa maka memiliki syarikat rakaman sendiri belum ada dalam perancangan.
“Cukuplah dengan kerja dia. Sudah cukup memeningkan kepala. Tidak mungkin ditambah lagi.
“Tidak mengapa. Saya ada pengurus dan pengurusan saya. Kerja beliau pun sudah cukup berat,” katanya.
Sumber: Projek MMO
Sumber Badan tak cukup ramping, Adira pasrah andai Dato Red berubah hati Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . BLUE.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/
Posting Komentar